Saya tahu jaga anak sendiri – Nina Iskandar
NETIZEN Malaysia sememangnya cekap dalam segala hal. Ada sahaja komen yang akan diberikan samama ada negatif ataupun positif.
Begitulah yang terjadi kepada pelakon, Nina Iskandar yang telah dikritik seolah-olah tidak pandai menjaga anak sendiri.
Perkara itu terjadi apabila Nina menerusi satu daripada status di Instagram menunjukkan gambarnya menyuap anaknya makan makanan dalam bentuk pepejal.
Ada sebahagian netizen yang telah mengeluarkan pendapat bahawa apa yang dilakukan Nina itu adalah salah memandangkan bayinya itu belum cukup setahun pun lagi.
Nina yang mungkin terasa dengan teguran netizen nampaknya telah mengeluarkan kenyataan di Instagramnya.
BACA> Naya Rivera sah ditemukan lemas
Pelakon itu memberitahu yang dia dan suaminya mempunyai cara tersendiri untuk membesarkan anak mereka, Muhammad Aaryan Ar-Rizqin yang kini berusia tujuh bulan.
“Jangan ajar saya macam mana nak besarkan anak saya, awak ada cara awak dan saya juga ada cara sendiri. Jika saya mahukan pendapat anda, saya akan tanya.
“Sekarang ini biarlah Rizqin makan apa sahaja dia mahu, buat apa sahaja dia mahu. Lagipun dia anak saya, awak jaga awak punya okay. Sila hadam mak-mak,” tulisnya.
Itu luahan Nina terhadap mereka yang memberi teguran kepadanya dan kenyataan itu telah mendapat pandangan positif daripada netizen.
Sebenarnya tidak salah pun kita hendak menegur seseorang cuma caranya mungkin perlu lagi berhemah.
BACA> Jernama gergasi terjejas, isytihar muflis
Kalau di laman sosial, mungkin kita boleh memberi nasihat secara mesej dan bukan secara terbuka di status individu tersebut.
Sama ada mereka mahu mengambil nasihat kita atau sebaliknya, terpulanglah kepada dia. -SM