fbpx
Luar Negara

Jenama gergasi terjejas, isytihar muflis

UMUM maklum mengenai kadar pengangguran yang meingkat di Malaysia akibat pandemik Koronavirus (Covid-19), tetapi ia sebenarnya turut jejaskan jenama gergasi dunia seperti muflis.

Pandemik tersebut benar-bernar memberi kesan kepada jenama-jenama ternama yang sudahpun bertapak puluhan tahun dalam dunia perniagaan.

Malah, produk keluarannya dipasarkan rentas sempadan melambangkan kekukuhan dalam permintaan terhadap jenama tersebut.

Namun, pandemik itu lebih ‘dahaga mencari mangsa’ sekali gus menyebabkan sebahagian besar penduduk dunia hilang sumber pendapatan.

Memetik laporan yang dirumuskan oleh portal The Mazatlan Post, banyak jenama-jenama terkemuka antaranya Victoria’s Secret, Gold’s Gym dan Hertz isytihar muflis.


BACA > Utusan, BH, NST, Metro dijangka pindah ke Shah Alam hujung tahun ini — Suara Merdeka

Berikut adalah senarai syarikat yang hampir dan isytihar muflis.

  1. Victoria’s Secret
  2. Gold’s Gym
  3. WeWork
  4. Hertz (pemilik Thrifty dan Dollar)
  5. Comcar (syarikat pengeluar trak terbesar)

Beberapa syarikat mula melakukan pelan rasionalisasi seperti menutup cawangan, iaitu:

  1. Zara – tutup 1,200 cawangan
  2. La Chapelle – tutup 4,391 cawangan
  3. Starbucks – tutup 400 cawangan
  4. Nissan Motor Co. – dijangka tutup perniagaan di Amerika Syarikat (AS).
  5. Emirates – kurangkan 30 peratus pekerja.

Jenama runcit terkenal seperti J. Crew, Gap, Bath & Works, Forever 21 dan Sears tutup 12,000 hingga 15,000 cawangan pada tahun ini.

BACA > Selangor kuatkuasa haram minum arak dalam taman — Suara Merdeka

Syarikat-syarikat besar yang memerlukan sokongan kewangan termasuk menghentikan operasinya.

  1. Chanel
  2. Hermes
  3. Rolex
  4. Patek Philippe
  5. Nike – sediakan 23 bilion Dolar AS bagi pemberhentian peringkat kedua.
  6. Airbnb
  7. JC Penny – bakal diambil alih oleh Amazon.
  8. Warren Buffet
  9. BlackRock
  10. Mall of America

Terdahulu, Suara Merdeka melaporkan, Kementerian Sumber Manusia mengesahkan pemberhentian pengambilan pekerja asing bagi semua sektor dalam negara.

Tindakan itu merupakan sebahagian dariapda usaha untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Susulan itu juga Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan sebanyak RM9 bilion melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

Peruntukan tersebut adalah bagi mengatasi masalah peningkatan pengangguran termasuk memberi subsidi upah dan memperkenalkan Program Insentif Pengambilan Pekerja.

BACA > 255 individu digesa buat saringan ke-2 Covid-19 atau dihukum — Suara Merdeka

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada laporan mengenai syarikat tempatan yang diisytihar muflis, namun tidak dinafikan banyak perusahaan terjejas teruk akibat Covid-19. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button