pilihanRencah Hidup

“Saya cuma pakai baju ketat namun kalau ramai pelanggan lelaki miang takkan salah kami?”

ANTARA kenyataan terbaharu daripada kedai air buah D’flora adalah mereka cuma mangsa keadaan dan Darlene Adrienne kononnya seperti tampil memakai jubah pula ketika bekerja.

Teringat tagline yang hampir serupa pada suatu ketika dahulu di mana ada majalah yang suka mengambil gambar artis wanita di tepi kolam siap berlurah dan sebagainya.

Namun kapsyen yang keluar tercetak pada ruangan majalah itu memberikan konotasi, “Saya tak suka seksi” biar pun banyak pose yang dibelanjakan semuanya mengghairahkan.

Jadi apakah selepas ini majikan atau Darlene Adrienne akan membuat kenyataan, “Saya cuma pakai baju ketat namun kalau ramai pelanggan lelaki miang takkan salah kami?”

Bayangkan sahaja kalau Darlene Adrienne ini seseorang wanita nusantara yang memakai pakaian longgar yang tidak menampakkan bentuk tubuh yang mengiurkan.

Rasanya lelaki akan masih tetap hormat dan jika ada timbul kata-kata, “Eleh.. ada orang pakai jubah dengan niqab pun miang juga”, itu cerita lainlah.

Sebab miang dia pun dengan lelaki jahanam yang berjaya membuatkan mereka termakan dengan mungkin pujuk rayu atau janji-janji manis untuk memperdayakan wanita.

Tetapi bagi Darlene Adrienne, gambar yang sengaja memakai baju ketat dan turut menjual produk membesarkan payu dara dalam masa sama, takkan ini pun mangsa keadaan juga?

Sendiri mengundang, jangan salah lelaki miang kerana mata lalat tetap takkan pandang bunga itu indah. Bagi mata lalat, sampah adalah sebaik-baik kejadian untuk dihurungi.

Dalam masa sama, bukannya satu Malaysia tidak tahu negeri Terengganu mempunyai garis panduan mengenai pemakaian dan masalah ketat, singkat serta seksi ini telah lama dibahaskan.

Pastinya JHAET ada penguatkuasa wanita yang boleh turun padang bagi menyelesaikan masalah sesama jantina ini dan cukup-cukuplah membuat tindakan yang menambahkan lompong.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button