Nasional

Salah doktor kontrak mogok, bukan berkesatuan-Adnan Mat

KUMPULAN Mogok Doktor Kontrak tidak boleh melakukan mogok walaupun atas alasan untuk memaparkan solidariti dengan isu doktor kontrak kerana mereka tidak berkesatuan dan tidak ada locus standi, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat.

Adnan berkata, tindakan mogok itu boleh menjejaskan sistem penyampaian kesihatan kerajaan kepada rakyat.

“Kumpulan itu boleh dikenakan tindakan di bawah peraturan perkhidmatan awam.

“Maka dengan itu mendedahkan mereka ini (untuk) berada dalam tindakan dan peraturan dalam perkhidmatan serta akhirnya boleh menjejaskan kemajuan kerjaya mereka yang telah pun ada dalam sistem perkhidmatan walaupun sebagai pekerja kontrak,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Bubur Lambuk Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan-Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (Auegcas) Perak.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi jawatankuasa peringkat tertinggi bagi menyelesaikan isu itu berkata, kerajaan akan memastikan situasi menang-menang dicapai supaya tiada pihak berasa rugi atau tersingkir. – SM

BACA KKM tubuh jawatankuasa khas tangani isu doktor kontrak

BACA Simpati dengan nasib doktor dan paramedik

(Visited 201 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button