BeritaEkonomiPolitik

Sarawak Report dedah tuntutan melampau Azmin dalam tempoh 6 bulan

Portal berita yang mendedahkan skandal 1MDB semalam mendedahkan writ yang difailkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap Menteri Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR membuat tuntutan berjumlah RM300,000 dalam tempoh enam bulan tahun ini.

Mengikut laporan itu bill tersebut termasuklah bagi bayaran percutian peribadi Azmin dan keluarga.

Turut disenaraikan ialah tuntutan oleh agensi pelancongan bagi perjalanan ke Sandakan semasa pilihan raya kecil berlangsung dan kemudiannya tercemar oleh tersebarnya video Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mendakwa melakukan hubungan badan songsang dengan bossnya di Hotel Four Points.

Paling mengejutkan tuntutan Syarikat YHA Travel & Tours menuntut bayaran sebanyak RM300,000 bagi termasuk bayaran penerbangan pergi balik dalam negara bagi tempoh enam bulan.

Azmin yang dikatakan antara calon bakal Perdana Menteri kini menerima bayaran gaji sebanyak RM50,000 sebulan dan hanya memiliki sebuah rumah bernilai RM1 juta berdasarkan kepada perisytiharan harta.


Berdasarkan itu laporan Sarawak Report berkata, adalah tidak lojik Azmin mampu menanggung pembiayaan penerbangan ke seluruh dunia bersama keluarga dalam tempoh enam bulan hingga berjumlah RM300,000.

Tambah laporan itu termasuk faedah Azmin berhutang dengan agensi pelancongan tersebut sebanyak RM328,901 hanya untuk percutian keluarga.

Sebanyak RM92,280.00 adalah bill penerbangan anak Azmin yang baharu bernikah, Mohamed Ameer Shazrin Mohamed Azmin dan pasangannya Mazreen Shanim Shaheen iaitu ke destinasi di Marrakech, London and Geneva.  

Sumber Sarawak Report http://www.sarawakreport.org/2019/11/azmin-ali-taken-to-court-over-unpaid-sandakan-travel-bill-exclusive/

(Visited 55 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button