Hiburan

Sampai semalam, hari ini sila jawab netizen ya Caprice

JANGAN keterlaluan. Biarlah bertenang dan bagi Caprice bernafas sebab dia pun baharu balik ke tanah air dari Mesir dan Jordan.

Tiada salahnya bagi Caprice ni mengambil dan menghela nafas sebelum dia tampil memberi jawapan kepada pelbagai persoalan yang timbul dan diajukan oleh warga net atau netizen.

Lebih dua bulan Caprice berada di Mesir dan Jordan dan menerusi perkongsian video yang dimuat naik dalam salah satu postingnya di laman sosial Instagram, kelihatan dia dikawal ketat oleh anggota polis bagi tujuan keselamatan dan proses sanitasi.

Catat Caprice, “Back in KL! Terima kasih kepada PDRM kerana memastikan semuanya selamat dari gate kapalterbang all the way sampai hotal quarantine.

“Pertama kali naik van polis. Terima kasih kepada pihak yang bantu Caprice tadi. Alhamdulillah, it feels good to be back home.”

Hantaran tersebut dihujani dengan ucapan tahnaih dari netizen kerana Caprice berjaya pulang ke Malaysia selepas sekian lama dan yang berseloroh meminta cenderahati.

Bagaimanapun, lumrah manusia, tidak kurang juga yang mendesak pencerahan daripada Caprice mengenai jihad sebenar khususnya selepas kontroversi yang membabitkan muzik video terbaharunya itu.

Terdahulu, Caprice memuat naik video dalam akun IG rasminya. Video berkenaan mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen. Ramai yang menyifatkan pemergian Caprice ke Jordan bukanlah untuk berjihad sebaliknya bikin muzik video di sana. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button