HiburanMahkamah

Mahkamah tolak saman pengasas produk, Fazura tak langgar kontrak

NUR Fazura Sharifuddin dan Universal Music Sdn. Bhd boleh menarik nafas lega apabila Mahkamah Tinggi menolak saman yang dikemukakan oleh Maydan Trading atas dakwaan melanggar kontrak.

Panel tiga hakim iaitu Datuk Hanipah Farikullah, Datuk Azizah Nawawi dan Datuk See Mee Chun menolak rayuan Narhamdan Abd Malek dan mengarahkan beliau membayar kos RM10,000 kepada Nur Fazura.

Peguam Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Nur Fazura mengesahkan keputusan mahkamah, tiada pelanggaran kontrak oleh anak guamnya dan Universal Music.

Narhamdan memohon rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 18 Jun tahun lepas yang menolak samannya terhadap artis itu serta Universal Music yang menguruskan Nur Fazura.

Narhamdan yang memiliki dan menjual produk kesihatan candy yang boleh dikunyah dikenali sebagai Q Tab untuk kesihatan rambut, kulit dan kuku, memfailkan saman pada 16 Disember 2017 dengan menamakan Nur Fazura dan Universal Music sebagai defendan pertama dan kedua. – SM

(Visited 229 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button