Rencah Hidup

Sambut raya ke-21 macam raya pertama

SEJAK ‘Tok Abah’ umum sekatan rentas negeri dimansuhkan, ramai kegembiraan untuk sambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman masing-masing.

Keterujaan tidak mampu lagi dipendam apabila rakyat Malaysia pastinya sudah berkira-kira untuk pulang ke kampung bermula hari esok.

BACA > 107 MP sokong PH tak termasuk bebas — Suara Merdeka

Cuti hujung minggu pasti akan dimanfaatkan sepenuhnya, malah ada yang menggelarnya sebagai ‘qada’ raya selepas tidak dapat menyambut pada hari pertama kerana ‘dalam pantang’.

Rasa teruja semakin menjadi-jadi apabila juruhebah radio turut memutar lagu-lagu raya menghangatkan lagi rasa hendak ‘balik beraya’.

Kehangatan ini bukan sahaja diluah rakyat marhaen, malah pemimpin kerajaan dan korporat turut menzahirkan keterujaan masing-masing.

Antaranya pastilah Pak Long (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) yang akan pulang ke kampung halamannya di Bera, Pahang hujung minggu ini.

“Sudah 84 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Setiap hari, saya bertemu dengan wakil media, namun tidak berjumpa rakyat di kawasan Parlimen Bera,” luah Menteri Kanan Keselamatan itu.

Selain itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri juga dikhabarkan akan terbang ke Kuching esok.

Namun, beliau tidak dapat pulang ke kampung kerana perlu hadir mesyuarat dengan pegawai kerajaan di sana.

“Saya akan mengadakan perjumpaan dengan ketua jabatan dan agensi. Perjalanan rentas negeri saya hujung minggu ini hanya untuk tugas rasmi sahaja,” katanya kepada Bernama.

BACA > NUTP cadang sekolah rendah dibuka seawalnya hujung September — Suara Merdeka
BACA > Sisik tenggiling tiada lagi dalam ramuan perubatan tradisional Cina — Suara Merdeka

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd., Datuk Hussamuddin Yaacub turut mengambil kesempatan atas kebenaran ini untuk pulang ke kampung halamannya di Kelantan.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan hanya akan pulang pada bulan hadapan untuk bertemu dengan keluarga dan rakannya di sana.

“Insya Allah, Julai nanti hendak balik Kelantan, jalan-jalan cari makan dan cari kawan,” katanya dalam Facebook.

Tambahnya, beliau turut membayankan kesesakan yang akan berlaku pada hujung minggu ini ekoran ramai orang berpusu-pusu meninggalkan ibu kota.

“Bersiaplah untuk hadapi kesesakan bila ramai yang mahu pulang kampung untuk raya Sabtu dan Ahad ini,” selorohnya.

Kelantan trending di Twitter

Sementara di Twitter, Kelantan menjadi trending apabila ramai penggunanya mula memuat naik gambar makanan dan jangkaan suasana di sana pada hujung minggu nanti.

RAYA
– Gambar TWITTER @carlasthtc

“Lihat gambar keadaan lebuh raya apabila PKPP mula. Mimpi ngeri. Ini pun ibu sudah bercadang hendak balik Kelantan Raya Haji,” ciap @BukanAfiqqah.

“Hai orang Kelantan. Syaa ada jual Red Velvet, Pandan, Chocolate Cheesecake dan Chocolate Moist Cake. Mesej terus kalau berminat,” ciap @nrlaliaax.

“Kelantan punya sesak bila raya tak boleh bertenang ya. Belajar dekat sana hampir tiga tahun. Sekali sahaja balik naik bas bila raya. 18 jam dalam bas, Allah sahaja tahu pagi terus pergi kelas,” ciap @_nfdmia.

“Nampaknya Kelantan menjadi pilihan ramai ya,” ciap @nurmuhdaiman.

Sebelum ini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) menyekat rakyat Malaysia daripada merentas negeri bagi memutuskan rantaian Koronavirus (Covid-19).

BACA > Aktres Korea, Son Ye Jin wanita tercantik di dunia — Suara Merdeka
BACA > Masak rendang pakai baju ‘tank top’ Alicia Amin minta maaf — Suara Merdeka

Lantaran itu, sambutan Hari Raya Aidilfitri pada seminggu pertama rakyat Malaysia semua sekadar berada di rumah masing-masing kerana akur untuk membendung Covid-19. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button