Nasional

Saman fitnah Ismail Sabri terhadap Anina Saadudin selesai

SAMAN Fitnah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap Anina Saadudin selesai selepas kedua-duanya merekodkan persetujuan penyelesaian.

Pada 5 Mac lalu, Ismail Sabri menyaman bekas Ketua Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu atas dakwaan memfitnah beliau di laman Facebook.

Anina juga menuduhnya sebagai tidak kompeten dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) dan Menteri Pertahanan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Peguam Ragunath Kesavan, yang mewakili Ismail Sabri, berkata kedua-dua pihak bersetuju memasukkan penghakiman persetujuan berdasarkan terma perintah injunksi yang dikeluarkan sebelum ini.

“Penghakiman persetujuan itu dimasukkan petang ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril.

Tiada perintah berkaitan kos atau kerugian,” katanya sambil menambah keputusan hari ini adalah terjumlah kepada penyelesaian penuh bagi tindakan perundangan yang telah diambil sebelum ini.

Pada 11 Mac lepas, Ismail Sabri memperoleh perintah injunksi sementara untuk memaksa Anina memadamkan semua kenyataan berbaur fitnah terhadap beliau daripada laman Facebooknya.

Sebelum ini, mahkamah menetapkan 1 Oktober sebagai tarikh perbicaraan kes saman itu.

(Visited 173 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button