MahkamahNasional

Mahkamah Rayuan bebaskan Sam Ke Ting kes basikal lajak

MAHKAMAH Rayuan Putrajaya hari ini membuat keputusan membebaskan pemandu wanita, Sam Ke Ting yang terbabit dalam kes basikal lajak yang mengorbankan lapan remaja berbasikal lajak di Johor Bahru, enam tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Hadhariah Syed Ismail sebulat suara membenarkan rayuan kerani itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.

Mahkamah Rayuan Putrajaya membebaskan Sam Ke Ting yang terbabit dalam kes basikal lajak yang mengorbankan lapan remaja berbasikal lajak di Johor Bahru, enam tahun lalu.

Panel turut dianggotai Hakim Hashim Hamzah dan Azman Abdullah. Mahkamah menegaskan bahawa tuduhan terhadap Sam adalah cacat.

Sementara itu, Sam mengakui permohonan maafnya tidak akan mengembalikan semula kelapan-lapan remaja yang telah meninggal dunia.

IMEJ lokasi kemalangan maut yang membabitkan pemandu kereta, Sam Ke Ting sehingga mengorbankan lapan remaja berbasikal lajak di Johor Bahru, Johor pada tahun 2017.

Katanya, permohonan maafnya itu juga mungkin tidak akan memberikan ketenangan kepada ibu bapa mereka.

“Saya akan membawa perasaan bersalah ini hingga ke kubur,” kata Sam kepada pemberita selepas selesai prosiding mahkamah.

Tambah Sam lagi, dia tidak berniat untuk menyebabkan kemalangan yang berlaku pada 18 Februari 2017.

Terdahulu Mahkamah Tinggi Johor Bahru memerintahkan Sam dipenjara enam tahun dan denda RM6,000 atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak. – SM

BACA Kes basikal lajak JB, ramai nak tempah bilik berjeriji besi

BACA Kes basikal lajak 8 remaja maut: Wanita dipenjara 6 tahun denda RM6,000

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button