Mahkamah

Kes basikal lajak JB, ramai nak tempah bilik berjeriji besi

Setiap kes disiasat polis hanya dibawa ke pendakwaan bila ada kes. Mahkamah pula buat keputusan berdasarkan fakta kes. Kita jangan seronok sangat komen dan ulas kes basikal lajak ni sebab mahkamah dah buat keputusan.

Bagi yang masih gatal tangan silakan. Nanti kena tuduh menghina mahkamah baru korang tahu sistem kehakiman dan perundangan kita berjalan.

Baru korang tahu hakim dan majistret bukan macam kawan-kawan kita boleh bawak bincang.

Suhu dingin kamar perbicaraan dan wajah dingin majistret membuatkan korang rasa nak terkencing dalam seluar.

Masa itu juga cubalah cari wajah mesra termasuk peguam korang, itupun kalau mampu pakai peguam sendiri, kalau tidak mengaku bersalah sajalah dan dipenjara kerana menghina mahkamah.

Apa hal? Kes tiada basikal lajak tiada kaitan dengan korang, tapi korang sama-sama merengkok disebalik jeriji besi kerana gatalnya tangan.

Buatlah bantahan atau gerakan di dalam medsos, ia tidak akan mampu membebaskan korang dari menghuni bilik sempit di penjara.

Mahkamah Tinggi Johor Bahru baru-baru ini memerintahkan kerani wanita dipenjara enam tahun dan didenda RM6,000 kerana kesalahan memandu secara melulu, hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lalu.

Ia sekali gus mengenepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober lalu yang mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan responden daripada tuduhan berkenaan. Keputusan itu diputuskan Hakim Datuk Abu Bakar Katar ketika keputusan rayuan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi.

Berikut adalah kronologi kes berkenaan:

18 Febuari 2017
Lapan remaja lelaki berbasikal maut apabila dirempuh kereta di Jalan Lingkaran Dalam bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru.Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, lapan remaja yang berumur antara 13 hingga 17 tahun itu maut ditempat kejadian.

28 Mac 2017
Pemandu wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Trafik Johor Bahruatas pertuduhan memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal. Sam Ke Ting didakwa memandu kereta secara melulu dan berbahaya hingga menakibatkan kematian penunggang basikal pada 3.20 pagi 18 Februari 2017 di Jalan Lingkaran Dalam. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

28 Oktober 2019
Jurujual wanita yang dituduh memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada 18 Februari 2017 dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru. Majistret Siti Hajar Ali membuat keputusan itu tanpa memanggil Sam Ke Ting, 24, untuk membela dirinya terhadap pertuduhan tersebut selepas pendakwaan gagal membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.

18 Febuari 2021
Mahkamah Tinggi Johor Bahru memerintahkan pemandu wanita membela diri atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan penunggang basikal lajak, empat tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman, Dr Shahnaz Sulaiman membuat keputusan itu selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Sam Ke Ting, 26.

10 Oktober 2021
Mahkamah Majistret mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu, hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, empat tahun lalu.

11 Oktober 2021
Pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan terhadap pembebasan seorang jurujual daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak.

13 April 2022
Mahkamah Tinggi memerintahkan kerani wanita dipenjara enam tahun dan didenda RM6,000, kerana kesalahan memandu secara melulu, hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lalu.

(Visited 734 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button