Mahkamah

Saksi ke-90 mengaku terlepas pandang, guna cop tandatangan cek Yayasan Akal Budi

Bagi alasan, jadual Ahmad Zahid padat

SAKSI pendakwa ke-90, Pegawai Tentera Darat, Mejar Mazlina Mazlan mengaku beberapa kali terlepas pandang dalam bayaran kad-kad kredit Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Saksi itu juga mengaku, pernah mengeluarkan cek yang tidak ditandatangan dan terpaksa mengeluarkan semula cek baharu.

Mejar Mazlina juga dalam menjalankan tugasnya sebagai Setiausaha Eksekutif kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu, membuat bayaran terlebih ke atas kad kredit Ahmad Zahid menggunakan cek-cek Yayasan Akal Budi.

Menurut Mejar Mazlina lagi, dia mengaku mengguna cop tandatangan kebenaran untuk mempercepatkan proses pengeluaran cek bayar kad kredit kerana Datuk Seri sentiasa sibuk.

“Datuk Seri berada di luar kawasan dan luar negara menyebabkan sukar untuk berjumpa Datuk Seri untuk arahan.

“Kad kredit jika bayaran lewat dibuat, akan disekat. Bimbang dan untuk mengelakkan kesulitan, saya guna cop tandatangan beliau untuk cek-cek Yayasan Akal Budi sahaja,” kata Mejar Mazlina.

Di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah yang bersidang bagi prosiding perbicaraan kes Ahmad Zahid, Mejar Mazlina memberitahu, dia  menggunakan cek-cek Yayasan Akal Budi dan cop tandatangan ke atas cek- cek tersebut.

Alasan Major Mazlina mengapa dia menggunakan cek Yayasan Akal Budi untuk membuat bayaran insurans dan cukai jalan kenderaan milik Ahmad Zahid dan kad kredit disebabkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu mempunyai jadual yang padat dan sangat sibuk.

Bagi menggambarkan betapa sibuknya Ahmad Zahid seperti diminta oleh Ketua Pendakwa  Raya (PR), Datuk Raja Rozale Raja Toran, Mejor Mazlina berkata:

“Ketika Datuk Seri sebagai Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri sudah sibuk dan sebagai Timbalan Perdana Menteri, lebih lagi sibuk.”

Mejar Mazlina berkata, selain menerima arahan daripada Datuk Seri Ahmad Zahid, dia juga menerima arahan daripada Datin Seri Hamidah Khamis, isteri Ahmad Zahid  kerana tugasnya juga adalah sebagai Pegawai Pengiring kepada isteri Ahmad Zahid.

PR: Rujuk para 6. Apa jadual Datuk Seri semasa di Mindef, di Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan di  Pejabat Timbalan Perdana Menteri (TPM)?

S: Di Mindef saya atur temujanji jika diperlukan. Di KDN, sama dan saya rujuk pada Datuk Seri terdahulu. Di Pejabat TPM juga yang sama.

PR: Bagaimana jadual Datuk Seri di tiga kementerian?

S: Sibuk dalam kawalan. Di KDN sibuk, di Pejabat TPM lebih-lebih sibuk lagi.

PR: Sibuk macamana?

S: Padat. Mesyuarat, program. Datuk Seri lebih kerap ke luar negara.

PR: Sebagai Setiausaha Eksekutif, mesyuarat dan program Datuk Seri di mana?

S: Mindef di pejabat Men Pertahanan. Saya tak buat sangat temujanji untuk Datuk Seri kerana ada individu lain uruskan. SETIAUSAHA SULIT KANAN uruskan.

PR: Di pejabat KDN?

S: Ada uruskan temujanji di pejabat tapi saya rujuk pada Datuk Seri dan atas persetujuan Datuk Seri.

PR: Di pejabat TPM.. lagi sibuk? Di mana program, mesyuarat diadakan?

S: Di pejabat TPM dan jika ada keperluan, di pejabat Datuk Seri di Parlimen.

Pagi tadi, Mejar Mazlina Mazlan tampil memberi kenyataannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kes perbicaraan membabitkan Ahmad Zahid yang juga merupakan bekas Menteri Pertahanan .

Mejar Mazlina berkata, dia merasa bangga dapat berkhidmat di bawah Ahmad Zahid selama tujuh tahun.

Katanya lagi, sepanjang tempoh perkhidmatan itu, dia merasa seronok dalam menjalankan tugasnya.

Dalam masa yang sama juga, Mejar Mazlina memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, ada perasaan tidak seronok ketika berkhidmat di bawah bekas Menteri Dalam Negeri itu.

Bagaimanapun, perasaan seronok dan tidak seronok tidak dihuraikan oleh saksi yang berusia 42 tahun itu.

“Saya menjadi Setiausaha Eksekutif kepada Datuk Seri selepas mengambil alih tugas itu daripada Datuk Rosiah Osman ketika Datuk Seri dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri berpejabat di Mindef.

“Tetapi di antara saya dengan Datuk Rosiah, tidak ada serah terima tugas secara rasmi. Cuma apabila berjumpa, saya diberi penerangan apakah tugas-tugas saya,” katanya.

Antara tugas beliau, kata Mejar Mazlina ialah seperti membayar bil-bil peribadi Datuk Seri Ahmad Zahid, memegang dan menyimpan buku cek Yayasan Akal Budi, memegang cop rasmi dan memegang dan menyimpan buku cek Maybank peribadi Ahmad Zahid.

“Saya juga menguruskan pengeluaran cek bagi pihak Yayasan Akal Budi.

“Tugas saya juga adalah sebagai Pegawai Pengiring kepada isteri Datuk Seri, Datin Seri Hamidah Khamis.

“Saya menjadi Pegawai Pengiring Datin Seri dalam program-program rasmi dalam dan luar negara dan pernah ikut Datin Seri ke luar negara beberapa kali atas urusan rasmi iaitu ke Asia, Amerika fan London,” ujarnya.

Beliau menambah, apabila Datuk Seri Ahmad Zahid dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau ikut sekali bertugas dengan Ahmad Zahid. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button