Mahkamah

Saksi ke-88 setuju sumbangan RM10 juta direkodkan, telus

Kes perbicaraan Ahmad Zahid

PROSIDING perbicaraan membabitkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menampilkan seorang saksi, eksekutif syarikat KTS Timber Production dari Kuching, Sarawak, Wong Hee Sing, 65.

Hee Sing tampil sebagai saksi pendakwa ke-88 memberitahu mahkamah, sumbangan RM10 juta daripada jutawan balak adalah transaksi yang direkodkan, boleh dikesan, telus dan tiada penglibatan wang kotor (dirty money).

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan balas peguam Hamidi Mohd. Noh sambil menambah, lantikannya sebagai Pengarah Chia Bee Sdn. Bhd., bersama seorang lagi Pengarah, Wong Sang Woo atau Paul Wong adalah bagi menggantikan bekas majikannya.

Hee Sing berkata, Paul Wong ialah seorang usahawan dari Singapura dan tinggal di Singapura, tetapi tidak berapa mengenali Paul Wong kerana yang lebih mengenali Paul Wong ialah bekas bekas majikannya, mendiang Datuk Seri Lau Huei Kang.

Menurut Hee Sing, jika dia tidak silap, Huei Kang meninggal dunia sekitar tahun 2006 dan mendiang juga merupakan rakan baik kepada Paul Wong.

Menjawab soalan peguam, Heng Sing berkata, walaupun dia ialah Pengarah Chia Bee Sdn. Bhd., dia bukanlah penandatangan dibenarkan (authorised signatory) dan tidak tahu, siapakah penandatangan dibenarkan.

Peguam: Kita rujuk kepada cek… Dennis Wong Kia Siong. Ini seorang lagi penandatangan dibenarkan?

Saksi: Saya tak tahu

Peguam: Adakah dia juga dari Sarawak?

Saksi: Ya

Peguam: Chia Bee tidak ada aktiviti bisnes. Tiada pekerja. Ada pendaftaran syarikat. Ada Pengarah.

Saksi: Ya

Peguam: Bayar gaji Pengarah tetapi tiada bisnes?
Saksi: Ya

Hamidi meminta Hee Sing membaca perenggan keempat kenyataan saksi tentang cek yang ditunaikan di akaun Maybank Sungai Petani.

Peguam: Anda tidak pernah mengendalikan akaun?

Saksi: Ya

Peguam: Chia Bee ada akauntan?

Saksi: Tiada

Peguam: Ada auditor?

Saksi: Ya. Lau dan Ling. Itu sahaja yang saya tahu.

Peguam: Kenyataannya Paul wong ialah seorang yang kaya.

Saksi: Saya tidak tahu

Peguam: Kenyataannya anda mengenali dia melalui Datuk Seri Lau dan dia menderma RM10 juta untuk kebajikan di Malaysia kerana dia orang yang suka lakukan kerja-kerja amal dan berkemampuan.

Saksi: Ya

Peguam: Tujuan sumbangan adalah untuk kebajikan?

Saksi: Saya tak tahu.

Peguam: Adakah anda tahu bahawa Paul Wong kenalan rapat Datuk Zahid Hamidi. Anda kenal Datuk Zahid Hamidi?

Saksi: Tak tahu. Zahid Hamidi bekas Timbalan Perdana Menteri, saya tahu.

Peguam: semua transaksi yang dibuat, diberi kepada firma guaman adalah direkodkan. Dilakukan melalui cek. Bukan cek tunai. Ada statement akaun, butt cheque. Transaksi boleh dikesan.

Saksi: Saya rasa… (I think so)

Peguam: Disebabkan semua transaksi adalah telus, boleh dikesan semula.

Saksi: Ooo….

Peguam: Duit ini bukan dirty money (kotor). Tiada keluarkan cek secara diam-diam. Mengapa duit diberi oleh bos anda kepada Zahid Hamidi ialah kerana kebajikan.

Saksi: Saya tidak tahu.

Peguam: Paul Wong boleh buat apa sahaja kerana syarikat adalah miliknya.

Saksi: Ya betul.

Peguam: Dia juga ada beri sumbangan RM500,000 untuk kebajikan di Sarawak dan RM100,000 lagi.

Saksi: Sebenarnya saya tak tahu dia seorang yang pemurah dan suka beri sumbangan.

Peguam: Usia Paul Wong 80 tahun dan tinggal di Singapura. Anda (saksi) tidak tahu apa-apa.

Saksi: Saya tidak tahu (No. I don’t know) – SM

(Visited 140 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button