Mahkamah

Saksi beranggapan RM8.6 juta deposit, bukan pelaburan

Kes perbicaraan Ahmad Zahid

PENGARAH Urusan sebuah syarikat, Datuk Seri Mohammad Shaheen Shah Mohd. Sidek, 46, memberitahu mahkamah, pertemuan di antaranya dengan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan anak beliau, Datuk Nurul Hidayah tidak membincangkan tentang pinjaman dan pelaburan yayasan.

Sebaliknya, kata Mohammad Shaheen, perbincangan adalah tentang perjanjian jual beli saham yang dimiliki Tan Sri Abdul Rashid Abdul Manaf kepada Nurul Hidayah tetapi tidak diteruskan.

Mohammad Shaheen berkata, apabila perjanjian itu terbatal, Nurul Hidayah meletakkan jawatan sebagai Pengarah dalam syarikat Ri-Yaz Assets Sdn. Bhd.

Mohammad Shaheen tampil sebagai saksi ke-84 dalam kes perbicaraan Presiden UMNO, Ahmad Zahid di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

“Saya berjumpa antara dua hingga empat kali dengan Datuk Seri Ahmad Zahid, tidak bincang tentang pinjaman dan pelaburan yayasan. Perbincangan tentang Datuk Nurul Hidayah mahu membeli syer yang dipegang olehTan Sri Rashid di Ri-Yaz Assets Sdn. Bhd,” kata Mohammad Shaheen ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazeele Abd. Karim.

Menurut Mohammad Shaheen lagi, beliau menyangka RM8.6 juta wang yang diberi oleh yayasan adalah sebagai deposit bagi menjelaskan hutang tertunggak Ri-Yaz Assets kepada Exim Bank.

“Sebelum itu saya pergi ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) jumpa tertuduh. Bincang tentang RM8.6 juta as the out standing loan Ri-Yaz pada Exim Bank.

“Saya tidak pernah tengok share agreement. Itu antara Tan Sri Rashid dan Datuk Nurul Hidayah.

“Dalam pertemuan dengan tertuduh, empat perkara dibincang di rumah tertuduh, yang saya tahu, restructure Ri-Yaz, keluarkan nama penjamin dan bayar tunggakan pinjaman Exim Bank sebelum masuk non performing loan. Yang letak syarat ialah Tan Sri Rashid,” katanya.

Mohammad Shaheen turut memberitahu mahkamah tentang pengembalian semula cek berjumlah RM245,879.10 pada Lewis & Co dan cek yang dikembalikan tidak ada perbezaan.

TPR: Ada bincang Datuk Nurul Hidayah ni wakil atau proksi mana-mana yayasan?

Saksi: Tidak

Saksi juga berkata, beliau tidak tahu kenapa Lewis & Co yang bayar.

“Saya hanya terima dan cek Lewis & Co pembelian syer. Ya dipersetujui tapi perlu bincang dengan Exim Bank,” katanya sambil menambah, pertemuan kali pertama di rumah tertuduh dan kemudian di KDN tetapi jarak masa antara satu pertemuan dengan satu pertemuan, gagal diingati.

Kata Mohammad Shaheen, pertemuan di KDN ialah antara Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Exim Bank dan beliau manakala Tan Sri Rashid tidak perlu hadir

“Ini perbincangan dengan Exim Bank untuk restructure loan Ri-Yaz,” kata Mohammad Shaheen.

Pinjaman berjumlah RM8.34 juta dibayar balik pada Lewis & Co. kerana restructuring oleh Exim Bank tidak dapat dibuat kerana 10 persen saham kekal (continue) dan Tan Sri Rashid sebagai kekal sebagai penjamin (guarantor), kata Mohammad Shaheen.

“Tan Sri Rashid tidak terima tawaran atau offer Exim Bank. Cancellation agreement dan pulangkan duit pada Lewis & Co. Datuk Nurul Hidayah letak jawatan dalam Ri-Yaz sebagai Pengarah,” katanya.

Mohammad Shaheen berkata, pembayaran balik ialah sepenuh sepertimana jumlah yang diterima. – SM

(Visited 283 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button