Sakit Mata, Pemandu Kereta Dengan Lampu Putih HID Punca Orang Mencarut!
PUBLIC Health Malaysia membuat satu hantaran di Facebooknya memberi nasihat supaya pemandu yang menggunakan lampu putih HID yang dipasang secara aksesori untuk menukar lampu tersebut dengan segera.
“Tahukah anda, walaupun pandangan anda lebih jelas dengan jarak penglihatan yang lebih luas tetapi anda tidak sendirian di jalan raya,” ujarnya.
Penggunaan lampu HID yang tidak mengikuti spesifikasi akan menyebabkan gangguan kepada pengguna jalan raya yang lain lebih-lebih lampu yang terlalu terang akan menyebabkan pandangan menjadi silau dan boleh menyebabkan risiko kemalangan.
“Keadaan ini akan lebih serius pada waktu hujan kerana cahaya putih akan diserakkan oleh titisan hujan sehingga menyebabkan risiko kemalangan.
“Kemalangan jalan raya merupakan antara pembunuh utama rakyat Malaysia yang menyebabkan enam ribu nyawa melayang setiap tahun.
“Penggunaan lampu putih HID yang dipasang secara aksesori ternyata menyuluh jalan pintas pemandu lain ke liang lahad,” katanya.
Menjengah ruangan komen, ramai netizen yang berasa marah dengan pemandu yang menggunakan lampu putih ini.
“Lampu putih ini menyebabkan orang yang tak mencarut jadi fasih mencarut. Maaf cakap ye,” tulis seorang netizen.
“Orang yang sengaja tukar ni mananya peduli dengan orang lain. Elok duk satu planet asing geng-geng ini. Kau sama-sama suluh jalan ke syurga,” ucap seorang netizen.
Ada juga netizen yang meminta pihak kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap pemandu yang menggunakan lampu putih ini.
“Serious rasa siapa guna lampu putih ni pentingkan diri sendiri.
“Tahu tak kalau pemandu dari arah bertentangan ni ada silau macam kita, ya tuhan rasa nak maki hamun.
“Banyak kali nak kemalangan dan sakit mata kalau terjumpa yang bawa kereta lampu putih.
“Tolonglah kerajaan, ambillah tindakan kerana ini lagi bahaya dari yang tak ada roadtax. Bye,” tulis seorang netizen.
Sekadar info, sekiranya menemui kenderaan dengna lampu putih ini, laporkan segera ke [email protected].
Pemandu akan diberi masa selama 10 hari untuk membetulkan lampu tersebut kepada lampu asal. – SM