Berita

“Saifudin” ditahan perdaya sumbangan derma di media sosial

KUALA LUMPUR, 20 Dis — Seorang lelaki dikenali sebagai ‘Saifudin’ ditahan selepas disyaki memperdaya orang ramai untuk mendapatkan sumbangan derma bagi penyakit yang dialami kanak-kanak yang tular di media sosial.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi Bernama berkata lelaki terbabit ditahan di rumahnya di Segambut, petang semalam.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai memuat naik beberapa gambar kanak-kanak dan bayi yang menghidap penyakit kronik untuk meminta sumbangan orang ramai.

“Hasil semakan mendapati suspek pernah ditangkap dan disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 serta Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” katanya.

Katanya, polis turut mengesan dua lagi individu bagi membantu siasatan kes yang sama.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Syarifah Asiah Syed Husin atau Inspektor Razmil Razak masing-masing di talian 013-9063634 dan 012-7150785.

— BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button