fbpx
Ekonomi

Saga Edisi Ulang Tahun sempena hari lahir ke-35 Proton

PROTON hari ini meraikan hari lahir Proton Saga ke-35 dengan memperkenalkan Saga Edisi Ulang Tahun.

Proton Saga edisi ke-35 Ulang Tahun, kini tampil dengan warna hitam dan kuning eksklusif pada luaran dan dalaman kereta tersebut hanya terhad kepada 1,100 unit sahaja.

Pelancaran edisi baharu ini sekaligus mencatatkan sebanyak 4,150,035 unit model tersebut telah dikeluarkan sejak ia diperkenalkan pada 1985.

Sejak 35 tahun yang lepas, Proton telah menjadi pemangkin pengindustrian kepada ekonomi negara, memacu perkembangan keseluruhan ekosistem permbuatan automotif di Malaysia, menjadi salah satu negara di dalam dunia yang mengeluarkan kereta sendiri.

“Proton Saga merupakan kereta yang menaikkan nama Malaysia, dan mengembangkan ekonomi negara sehingga kini,” ujar Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar, Pengerusi PROTON.


Proton Saga Edisi Ulang Tahun ke-35 ini berharga RM39,300 selepas ditolak rebat cukai jualan.

Hadir sama dengan model edisi ulang tahun ini adalah pakej aksesori termasuk Front Skirting, Side Skirtings, Door Visors, Hood Insulator, Trunk Lid Cover dan Boot Tray yang berharga pada RM2,035.

Turut boleh boleh dibeli secara berasingan dan digunakan untuk model Saga 2019, pakej ulang tahun ini menawarkan kos penjimatan hebat iaitu sebanyak RM315 berbanding jika dibeli berasingan yang berjumlah RM2,350.

“Saga Edisi Ulang Tahun adalah hadiah istimewa pada hari yang istimewa untuk rakyat Malaysia. Ini merupakan cara kami mengucapkan terima kasih di atas sokongan anda kepada Saga sejak 35 tahun yang lalu. Anda boleh membuat tempahan pada hari ini dengan mengunjungi pusat jualan kami atau melakukannya secara dalam talian,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong.

Selain itu, tambahan hadiah sempena ulang tahun ini adalah penapis Kabin N95 PROTON, di mana sebelum ini hanya terdapat pada Proton X70 yang juga akan terdapat pada model Saga, Persona, Iriz dan Exora bermula hari ini.

Pemilik sedia ada mempunyai pilihan untuk membeli Penapis Kabin N95 pada harga RM59, tidak termasuk caj pekerja. Untuk masa yang terhad sehingga 9 Oktober 2020, terdapat 15 peratus diskaun bagi harga penapis N95.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Radzaif Mohamed berkata “35 tahun yang lalu menjadi bukti dedikasi Proton untuk menghasilkan produk seperti yang rakyat impikan. Untuk beberapa dekad yang akan datang, kami menumpukan untuk memberikan produk, perkhidmatan dan pengalaman yang lebih berkualiti lagi.”-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button