pilihanPolitik

RUU anti lompat parti lulus dengan sokongan 52 ahli Dewan Negara

Setelah mendengar beberapa bacaan dan mendapat sokongan majoriti dua per tiga, Dewan Negara hari ini meluluskan rang undang-undang (RUU) anti lompat parti melalui undian belah bahagian.

Kata Tan Sri Dr. Rais Yatim yang berperanan sebagai Speaker Dewan Negara, walaupun terdapat tujuh ahli Dewan Negara tidak hadir, 52 ahli yang lain menunjukkan sokongan dan persetujuan penuh.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membentangkan RUU tersebut bagi bacaan kali dua dan seramai 33 ahli Dewan Negara telah menyertai perbahasan.

Dalam bacaan kali kedua itu, Ismail berharap pindaan tersebut mampu meraih sokongan dua per tiga ahli Dewan Negara atau sekurang-kurangnya 40 ahli namun jumlah yang menyokong lebih daripada itu.

Sehubungan itu bagi Ismail, kelulusan RUU anti lompat parti yang disokong serta diluluskan sebulat suara oleh ahli Dewan Negara jelas mencerminkan teras semangat Keluarga Malaysia.

“RUU ini merupakan satu sejarah besar negara kerana ia dihasilkan melalui perundingan dan perbincangan antara kedua-dua belah pihak iaitu kerajaan dan pembangkang,” katanya.

(Visited 253 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button