Rupanya selama Nonny berdiam diri hubungan cinta gagal
PENYANYI dan pelakon, Nonny Nadirah akui dirinya menyepi dari industri hiburan selama tiga tahun lalu kerana percintaan yang gagal di tengah jalan.
Menurut laporan Berita Harian, Nonny atau nama sebenar Nonny Nadirah Zainuddin mahu kembali aktif dalam dunia seni.
‘’Saya sekarang sihat-sihat saja dan ingin kembali aktif dalam bidang seni sebab tiada istilah rehat atau ‘direhatkan’ pun selama saya menyepi sejak tiga tahun kebelakangan ini.
“Cuma, perkara berlaku secara tidak langsung. Selama itu, saya banyak menyendiri dalam dunia sendiri dan tak campur dengan orang. Sekarang barulah terbuka hati sebab ada tawaran menyanyi juga,” katanya.
“Cuma, perkara berlaku secara tidak langsung. Selama itu, saya banyak menyendiri dalam dunia sendiri dan tak campur dengan orang. Sekarang barulah terbuka hati sebab ada tawaran menyanyi juga,” katanya.
Berkenaan isu video kontroversi yang dimuat naik oleh aktress itu sendiri di Instagramnya baru-baru ini, jelas Nonny dia membuat hantaran itu bukan bermaksud untuk pubsitu murah sebaliknya hanya memberitahu orang ramai di rumah sahaja boleh botakkan kepala tanpa keluarkan duit.
‘’Namun, saya tidak melakukannya untuk dapatkan publisiti. Video botakkan kepala itu sekadar nak bagitahu orang bahawa anda boleh potong rambut sendiri di rumah.
“Tak payah keluarkan duit pergi ke kedai. Jadi duit yang jimat itu mereka boleh simpan atau beli benda lain. Manakala, video ulasan saya sambil bertuala adalah bagi membantu promosi produk berkenaan,” jelasnya.
Tambah Nonny, video ulasan produk itu sudah pun ditarik semula di media sosialnya dan dia juga akan lebih berhati-hati selepas ini.
Terdahulu, Nonny pernah menjalinkan hubungan bersama pelakon Niezam Zaidi dan telah pun merancang perkahwinan, bagaimanapun membatalkan rancangan itu namun tidak mendedahkan punca pembatalannya.
Sebelum ini, Nonny pernah mendirikan rumah tangga bersama Mustain Adnan pada 2018 namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama setahun.
Artikle Berkaitan :>
Kononnya duda tak sampai sebulan, DDNK kahwin dengan pelajar 25 tahun!
Gara-Gara Sejadah, Azwan Ali Maki Azza Elite Kononnya Lambat Buat Penghantaran!