
Belanja RM100 Je Dah Boleh Menang EV Baru? Ini Caranya!
CapitaLand, dengan kerjasama PRO-NET, anak syarikat pengeluar kereta nasional Malaysia, PROTON, telah melancarkan kempen “Shop SMART Win smart” yang menawarkan peluang kepada para pelanggan untuk memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai lebih RM400,000! Antara tarikan utama kempen ini ialah sebuah kenderaan elektrik terkini, smart #1 Premium, selain ganjaran eksklusif daripada jenama-jenama terkemuka.

Kempen ini berlangsung di enam pusat beli-belah CapitaLand di seluruh negara dari sekarang hingga 31 Oktober 2025 dan merupakan peraduan pengguna terbesar pernah dianjurkan oleh CapitaLand di Malaysia.

Kempen “Shop SMART Win smart” adalah kesinambungan kepada kejayaan kempen “Shop & Be Rewarded” yang telah diadakan dari April 2024 hingga Februari lalu.
Menurut Pengarah Urusan Retail Malaysia, CapitaLand Investment, Ms Selina Ng, “Selepas menerima lebih 30,000 penyertaan dalam kempen terdahulu, kami amat teruja untuk bekerjasama dengan PRO-NET tahun ini. Kami mahu memberikan ganjaran yang lebih hebat kepada para pelanggan menerusi kempen ‘Shop SMART Win smart’ sebagai penghargaan atas sokongan berterusan mereka terhadap pusat beli-belah CapitaLand. Kami komited untuk terus menyajikan pengalaman membeli-belah yang berbaloi dengan tawaran, ganjaran dan aktiviti menarik sepanjang masa.”
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Mr Zhang Qiang berkata, “Kerjasama ini memberi kami peluang untuk mendekati lebih ramai rakyat Malaysia dan memperkenalkan mereka kepada pengalaman mobiliti elektrik menerusi smart #1. Bukan sekadar hadiah, kami ingin menggalakkan kesedaran tentang mobiliti lestari dan menanti untuk meraikan detik indah bersama para pemenang bertuah.”
Berbelanja dan Menangi Hadiah di Pusat Beli-Belah CapitaLand
Di Pulau Pinang, pelanggan Gurney Plaza dan Queensbay Mall berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM140,000. Antara hadiah ditawarkan termasuk percutian ke Borneo untuk dua orang, iPhone 16 Pro, bagasi Samsonite 20”, peti sejuk LG side-by-side, vakum robot Xiaomi, set sofa Riron serta baucar beli-belah. Untuk layak menyertai, pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM200 dalam satu resit.
Pemegang kad kredit atau debit UOB di Pulau Pinang turut menikmati keistimewaan dengan syarat pembelian minimum lebih rendah, iaitu hanya RM150, apabila mengemukakan slip pembayaran bersama resit pembelian di Gurney Plaza dan Queensbay Mall.
Di Lembah Klang pula, pelanggan di 3 Damansara, Melawati Mall dan The Mines hanya perlu berbelanja minimum RM100 dalam satu resit untuk menyertai cabutan bertuah bagi memenangi hadiah bernilai hampir RM62,000 termasuk:
-
Pakej percutian menarik
-
Samsung Smart TV
-
Samsung Galaxy S25
-
iPad Air
-
Oppo Reno 13
-
LG TV
-
Dyson Hair Dryer
-
Blueair Air Purifier
dan banyak lagi!
Ganjaran Tambahan dengan Aplikasi Hello Smart
Bagi pelanggan yang turut menggunakan aplikasi Hello Smart, pelbagai ganjaran eksklusif tambahan menanti! Hadiah kejutan bulanan akan diberikan sepanjang tempoh kempen, menjadikan pengalaman membeli-belah lebih mengujakan. Nantikan pengumuman istimewa daripada smart Malaysia!
Jenama Baharu dan Pengalaman Menarik Menanti Anda!
Kempen ini turut memberi peluang kepada pelanggan untuk menerokai pelbagai jenama dan pengalaman baharu di pusat beli-belah CapitaLand:
Pulau Pinang
-
Gurney Plaza: Toro Fries dari Thailand (kentang goreng sepanjang satu kaki), Paris Baguette, dan MUJI
-
Queensbay Mall: Restoran makanan laut Thai Laem Charoen & restoran kegemaran tempatan, Madam Kwan’s
Kuantan, Pahang
-
East Coast Mall: Taman permainan pertama, WAN TO PLAY – destinasi hiburan mesra keluarga
Lembah Klang
-
Melawati Mall: Taman tema baharu Game On
-
3 Damansara: Gim pendakian Batuu Climbing
-
The Mines: Kedai konsep barangan terpakai dari Jepun, Jalan Jalan Japan Apparel
Jangan Lepaskan Peluang!
Datanglah ke mana-mana pusat beli-belah CapitaLand hari ini dan rebut peluang untuk menyertai kempen ini. Untuk maklumat lanjut, layari:
https://capitalandmalls.com.my