Nasional

Rumah asnaf malas kotor – Mufti Perlis

SALAH satu faktor kemiskinan adalah sikap malas termasuklah dalam bab menjaga kebersihan diri serta rumah dan tidak membiarkannya kotor.

Kemiskinan tidak sepatutnya menghalang seseorang untuk memastikan tempat tinggalnya kotor kerana membersihkan rumah tidak memerlukan belanja.

BACA >  Raja Muda Perlis saran terapkan kualiti dalam pelaksanaan kerja — Suara Merdeka

Hal berkenaan ditegaskan, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang menegur terdapat golongan asnaf yang bersikap malas enggan menjaga kebersihan.

Menurutnya, walaupun mengetahui tetamu akan datang ke rumah, namun tidak mengambil inisiatif untuk menyambutnya dengan mengemas dan membersihkan tempat tinggal.

“Dukacita dan sedih, terdapat rumah asnaf yang miskin yang kami lawati begitu kotor halaman dan kawasan rumah mereka.

“Padahal, untuk mencuci atau membersihkan sampah sarap tersebut, tidak memerlukan belanja, cuma perlu sedikit kerajinan,” katanya dalam Facebook malam tadi.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi rombongan berbasikal Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menziarahi golongan asnaf sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

MALAS KOTOR
– Gambar FB DR.MAZA.COM
BACA > Bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Ahmad A Talib meninggal dunia — Suara Merdeka
BACA > Pejabat MB Kedah nafi cadang buka kawasan baharu pembalakan — Suara Merdeka

Menurut Mohd. Asri lagi, golongan asnaf berkenaan juga seperti tidak mengalu-alukan kedatangan tetamu apabila membiarkan kawasan rumah kotor.

“Bayangkan, walaupun mereka tahu bahawa rombongan bersama Raja Muda akan ke rumah mereka untuk memberikan wang sumbangan, tetapi tiada sedikit pun usaha untuk membersihkan kawasan rumah sendiri.

“Padahal tubuh masih sihat. Lebih daripada itu, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) sekitar dua bulan mereka sentiasa di rumah, gagal dimanfaatkan,” tegasnya.

MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN

Tambah beliau, hal demikian pernah dinyatakan dalam ucapan dan kuliahnya sejak dahulu mengenai isu kemiskinan dan sifat malas.

“Salah satu punca utama kemiskinan, iaitu kemalasan. Orang utara sebut dalam bahasa pasar yang agar kasar balo’. Lebih keras lagi disebut bolo’ liat.

“Ertinya, pemalas yang amat. Walaupun, kita sedar terdapat mereka yang miskin tapi rajin berusaha, cuma peluang belum muncul.

“Golongan miskin tapi rajin tidak termasuk dalam apa yang hendak saya bicara di sini. Harap jangan ada yang tersalah sangka,” ujarnya.

Jelas Mohd Asri, golongan asnaf yang bersikap malas perlu mengubah sikap dan menjadi rajin.

BACA > Gara-gara ambil gambar pemandangan bunga teratai, 38 ditahan — Suara Merdeka
BACA > Polis ambil keterangan 33 saksi berhubung majlis perkahwinan di kuil — Suara Merdeka

“Golongan ini, Insha Allah jika mereka rajin berusaha, suatu hari nasib mereka akan berubah,” nasihatnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button