EkonomiNasional

Rugi biar agensi luar teroka pasaran pelancongan digital tempatan

KERAJAAN berhadapan kerugian dalam sektor pelancongan apabila membenarkan platform digital asing meneroka pasaran itu dalam negara ini.

Ini kerana plaform tersebut memiliki segala maklumat pelancongan dan data rakyat tempatan yang sepatutnya dapat dimanfaatkan untuk pembangunan sektor tersebut di peringkat domestik.

Justeru, galakan serta sokongan kepada pemain industri pelancongan tempatan yang mampu membina platform tersebut adalah penting.

“Kerajaan alami kerugian melalui tiga elemen sebagai contoh apabila kita menempah hotel domestik menmggunakan platform luar duit yang kita bayar disalur keluar kemudian masuk balik.

“Jadi apabila, melalui transaksi sedemikian, kerajaan akan rugi dari segi pertukaran asing. Kerugian disitu mungkin beratus juta ringgit.

BACA > Burnley berjaya curi satu mata di Anfield — Suara Merdeka

“Kedua pula, kerajaan rugi dari segi pembayaran cukai kerajaan kerana platform ada jual dalam negara kita tidak daftarkan perniagaan di Malaysia.

“Kerana mereka bukan rakyat kita yang membina platform tersebut dan syarikatnya datang daripada luar.

“Jadi apa sahaja duit dan keuntungan yang diperolehi tidak perlu bayar cukai kepada kerajaan, di situ pun kerugian mungkin cecah ratus juta ringgit.

“Ketiga pula adalah data pelancong. Setiap platform akan memperoleh data masing-masing apabila orang membeli (produk pelancongan) melaluinya.

“Sebagai contoh Agoda yang memasarkan pelbagai jenis hotel dan mereka boleh pasarkan produk pelancongan tersebut melalui datanya.

“Begitu juga Trivago, Booking.com dan Expedia masing-masing mempunyai data tersendiri.

“Begitu juga hotel itu sendiri juga mempunyai datanya dan mereka boleh lihat bagaimana tempahan hotel dibuat.

BACA > Selepas belasah Chelsea, Sheffield United sasar kejuaran Eropah — Suara Merdeka

“Jadi dari situ kerajan tidak tahu maklumat lengkap dari mana datangnya data.

“Mustahil kerajaan dapat perolehi data tepat daripada pemilik platform berkenaan.”

Demikian penjelasan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Sutra Travel Sdn. Bhd., Datuk Syed Mohd. Razif Al Yahya dalam satu temubual khas bersama Suara Merdeka baru-baru ini.

PELANCONGAN DIGITAL
KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Sutra Travel Sdn. Bhd., Datuk Syed Mohd. Razif Al Yahya. – SM

Tambahnya, beliau juga kini mempunyai platform yang mampu menyaingi laman-laman web dari luar untuk membantu memasarkan produk pelancongan negara.

Namun, katanya sokongan kerajaan terhadap pemain inudstri tempatan adalah perlu bagi memastikan platform tersebut dapat dilaksanakan sepenuhnya.

“Pengalaman saya sebagai pemain dalam industri ini sudah lebih 30 tahun dan saya dapat lihat masalah yang timbul di mana kita berada sekarang.

BACA > Kenapa Al Jazeera bersikap ‘selektif’? — Suara Merdeka

“Terutama, apabila kita lebih banyak memerlukan sokongan digital. Jadi negara kita sebenarnya tiada sokongan digital yang betul-betul membantu industri.

“Negara kita perlukan dua platform iaitu e-marketplace dan e-commerce.

Marketplace sebenarnya adalah tempat untuk pengumpulan data produk dan pakej. Boleh jadi ribuan produk ada pada platform ini.

“Apabila berada di sini, maka mudah untuk dipasarkan melalui e-commerce. Kerana disitu boleh wujud beribu jenis jenama.

“Apa sahaja jenama yang ada, mereka akan ambil produk dan pakej daripada platform e-marketplace tadi.

“Apabila kita hendak buat penjualan ada dua cara iaitu kesesuaian produk ataupun atapun pasaran tertentu pula memerlukan produk yang bagaimana.

“Malangnya, Malaysia belum ada platform sedemikian (digital) terutama dalam sektor pelancongan kerana kebanyakannya datang dari luar. Kita tiada.

BACA > Teroka pendigitalan sektor pelancongan — Suara Merdeka

“Itulah sedang kita bangunkan sepatutnya yang kerajaan patut ada,” ujarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button