Hiburan

Rossa bukan janda sembarangan

HUBUNGAN diva popular Indonesia, Datuk Seri Rossa dengan seorang penyanyi popular Indonesia, Afgan sering menjadi perbualan umum oleh kerana hubungan mereka yang sangat baik sejak sekian lama.

Hubungan mereka yang sangat mesra menyebabkan mereka kadang kala kelihatan seperti sepasang kekasih.

Perkara ini dapat dilihat melalui gambar-gambar atau video yang sering di buat oleh Rossa melalui laman media sosial Instagram.

Melalui satu video di Tik Tok, kelihatan Rossa dan Afgan bersama-sama berada di New York, Amerika Syarikat.

Video tersebut menunjukkan kedekatan mereka yang sama-sama meluangkan masa di New York walaupuan tujuan sebenar mereka berada di sana masih belum diketahui sama ada atas tuntutan kerja atau hanya sekadar bercuti.

Dalam video tersebut, Afgan muncul pada pengakhiran video dan tampak lebih manis apabila Rossa menggunakan lagu nyanyian Afgan iaitu Panah Asmara sebagai lagu latar video berkenaan.

Menjengah laluan komen, ramai yang terhibur dengan gelagat mereka serta memuji kemesraan mereka berdua.

Namun terdapat satu komen yang kedengaran agak biadap menarik perhatian warga maya yang lain dan mendapat sebanyak 700 tanda suka.

“Janda bukan sembarangan janda,” tulis seorang netizen.

Namun begitu ada segelintir warga maya yang memberi maklum balas terhadap komen berkenaan yang jelas tidak suka akan komen itu.

“Cuba kalua aku cakap mak kau macam itu,” kata seorang netizen.

“Have some respect bro,” ujar seorang pengguna Tik Tok.

Terdahulu, Rossa telah mendirikan rumah tangga bersama seorang pemain dram kumpulan Padii aitu Yoyo pada tahun 2004 dan berpisah pada tahun 2009.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Rizky Langit Ramadan yang kini berumur 15 tahun.

Sementara itu, Rossa turut dikatikan dengan gosip yang menyatakan bahawa dia sering menanggung kos percutiannya dengan Afgan namun Rossa menafikan gosip itu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button