Ronan Keating bakal menghiburkan para peminat Ogos ini
Penyanyi pop Ireland, Ronan Keating yang popular menerusi lagu “When You Say Nothing At All” sedia untuk hiburkan peminat di Malaysia setelah tiga tahun tidak mengadakan persembahan di sini.
Konsert bertajuk ‘Ronan Keating Concert Live In Malaysia 2023’, anjuran MIC Entertainment Group itu bakal diadakan pada Sabtu, 19 Ogos, pukul 8.30 malam di Arena of Stars, Resorts World Genting.
Penonton yang hadir pada malam it akan dihiburkan dengan lagu-lagu nostalgia dendangan Ronan
Keating yang mash digemari hingga kini.
Ronan Keating memulakan kariernya pada awal 90-an sebagai penyanyi utama kumpulan Boyzone, salah sebuah kumpulan yang terkenal pada era tersebut. Lagu-lagu dendangan Boyzone berjaya menguasai carta muzik di peringkat antarabangsa.
Sejak memulakan karier solonya pada 1999, Ronan Keating aktif mengeluarkan lag baharu dan beliau berjaya menghasilkan 12 album studio sehingga kini.
Antara lagu-lagu kegemaran peminat termasuk “If Tomorrow Never Comes”, “Time After Time”, “Life Is A Rollercoaster dan “This I Promise You”.
Selain itu, Ronan Keating berjaya menempatkan dirinya sebagai pemuzik Ireland yang berpengaruh ditambah pula peranannya sebagai pengurus bersama untuk kumpulan Westlife yang popular di peringkat global.
Malah album beliau juga berjaya dijual lebih 20 juta rekod di seluruh dunia, ini tidak termasuk 25 juta rekod dengan Boyzone.
Selama bertahun, Ronan Keating berjaya mencipta nama bukan saja sebagai penyanyi dan penulis lirik tetapi juga sebagai penyiar, penyampai TV, pelakon dan turut terlibat dalam kempen amal kesedaran kansert.
Tiket untuk menonton ‘Ronan Keating Concert Live In Malaysia 2023’ berharga RM638 (VIP), RM588 (PS1), RM388 (PS2), RM238 (PS3) dan RM158 (PS4), boleh dibeli atas talian menerusi Resorts World Genting
PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!