Nasional

Nasib Ainun Mardiah dibela KETENGAH, dapat teruskan pengajian

SIFAT prihatin yang ada dalam diri Datuk Seri Ahmad Said dizahirkan dengan tindakan pantas beliau menyelesaikan masalah seorang pelajar dari Kolej KETENGAH, Ainun Mardiah Mohd Lazim yang terbantut pengajiannya.

Ainun Mardiah yang tinggal di Bukit Ara, Ajil, Terengganu memaklumkan bekas Menteri Besar Terengganu itu bahawa dia tidak dapat meneruskan pengajian kerana faktor kekangan kewangan.

Nasib Ainun Mardiah dibela KETENGAH, dapat teruskan pengajian
DATUK SERI Ahmad Said bertanya khabar kepada pelajar Ainun Mardiah Mohd Lazim. yang terbantut pengajiannya disebabkan faktor kekangan kewangan. – GAMBAR TANGKAP LAYAR FACEBOOK.

Ahmad Said yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri memandang serius permasalahan pelajar ini dan pihak KETENGAH akan menyelesaikan tunggakan bayaran yuran pengajian Ainun Mardiah.

Ainun Mardiah boleh meneruskan pengajiannya seperti biasa sejurus selepas ini.

Nasib Ainun Mardiah dibela KETENGAH, dapat teruskan pengajian
Ainun Mardiah Mohd Lazim.menerima kunjungan Datuk Seri Ahmad Said sejurus pemakluman tentang masalah pengajian beliau sampai ke ‘telinga’ Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu yang juga merupakan bekas Menteri Besar.

“Pagi tadi saya dimaklumkan, salah seorang pelajar Kolej KETENGAH Ainun Mardiah Mohd Lazim di Bukit Ara, Ajil tidak dapat meneruskan pelajaran di atas faktor kewangan.

“Semoga Adik Ainun Mardiah sekeluarga dipermudahkan urusan,” kata Ahmad Said dalam catatan di akaun Facebook beliau. – SM

PENTING

1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;

2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

(Visited 104 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button