Nasional

RM97 bilion peruntukan pelaburan domestik KWSP pada tahun 2023

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menetapkan sejumlah RM97 bilion atau 83 peratus daripada jumlah peruntukan dana untuk pelaburan domestik pada 2023.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, berkata KWSP telah mengekalkan purata peruntukan dana tahunan lebih 80 peratus untuk dilaburkan dalam pasaran domestik dari 2019 hingga tahun ini.

“Bagi tahun 2023, sebanyak RM97 bilion atau 83 peratus daripada jumlah peruntukan dana telah ditetapkan untuk pelaburan domestik.

“KWSP akan terus mengutamakan pelaburan domestik dengan memperuntukkan sebahagian besar dana tahunannya ke pasaran tempatan, termasuk dalam bentuk dana pasaran wang di bank tempatan.

“Untuk memastikan dana dapat mengoptimumkan pelaburan mampannya, Panel Pelaburan KWSP sentiasa mengikuti rangka kerja Alokasi Aset Strategik (SAA), yang memperuntukkan aset pelaburan KWSP merentasi pelbagai kelas aset, geografi, mandat dan strategi selaras dengan objektif pelaburan KWSP sebagai pengurus dana persaraan,” katanya dalam jawapan bertulis parlimen.

Anwar berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Mohd Radzi Jidin (PN-Putrajaya) mengenai peratusan semasa pegangan pelaburan dana itu di luar negara.

Jumlah aset pelaburan KWSP pada masa ini bernilai RM1.082 trilion, di mana 61.4 peratus diperuntukkan untuk pelaburan domestik, manakala baki 38.6 peratus diperuntukkan untuk pelaburan luar negara. -SM

Baca : Seorang lelaki terkandas di atas jengkaut ketika hujan lebat telah diselamatkan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button