KERAJAAN menyediakan RM25 juta kepada Yayasan Keluarga Malaysia bagi memimpin usaha melindungi kebajikan, pendidikan dan masa depan anak-anak ini.
Menteri Kewangan, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ,sejak wabak COVID-19 menjengah ke tanah kita, lebih 4,700 anak-anak telah hilang tempat bermanja, apabila ibu dan bapa mereka pergi buat selamanya akibat virus ini.
“Sebagai Keluarga Malaysia, menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan masa depan anak-anak ini terus terjaga.
“Sebagai tambahan, Kerajaan juga menyeru semua pihak khususnya sektor korporat untuk sama menyumbang demi kebajikan anak-anak ini,” katanya.
Tengku Zafrul turut berkongsi kisah Perdana Menteri yang berkesempatan melawat anak-anak yang kehilangan ibu dan bapa akibat COVID-19 pada 16 Oktober lalu.
Beliau turut mengambil kesempatan dengan melahirkan rasa simpati daan memberi semangat terhadap kanak-kanak tersebut.
“Seluruh negara turut melahirkan rasa simpati atas nasib adik-beradik ini. Buat adik Muhammad Hadhrami; Husna Humaira; Muhammad Harraz; Muhammad Hawwas dan Hannan Humaira serta anak-anak yatim piatu Keluarga Malaysia yang lain, kami sayang semua, kami sentiasa ada untuk menjaga kamu semua.
“Kerajaan menggesa semua pihak tidak kira NGO, komuniti setempat, pemimpin tempatan malah syarikat korporat untuk memainkan peranan bagi memastikan kebajikan anak-anak ini terus terpelihara supaya semua dapat hidup bersama sebagai satu keluarga tanpa terpisah dan dapat membina masa hadapan yang cerah,” katanya. -SM