EkonomiKesihatan

RM32.4 Bilion Bagi Akses Kemudahan Kesihatan Awam Untuk Negara

Kerajaan akan terus mengutamakan aspek kesihatan awam bagi membina daya tahan negara dalam persediaan kita ke fasa endemik COVID-19.

Bajet 2022 menyediakan 32.4 bilion ringgit kepada Kementerian Kesihatan untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini berkata, sebagai Kerajaan yang mementingkan kesejahteraan rakyatnya, peruntukan bagi Kementerian Kesihatan adalah yang kedua terbesar selepas Kementerian Pendidikan.

“Peperangan kita dengan pandemik COVID-19 ini masih belum berakhir. Oleh itu, tambahan 4 bilion ringgit disediakan khusus untuk meneruskan agenda menangani COVID-19 yang merangkumi 2 bilion ringgit bagi membiayai program vaksinasi.

“Manakala 2 bilion ringgit lagi disediakan bagi meningkatkan kapasiti fasiliti perkhidmatan kesihatan awam seperti pembelian bekalan ubat, bahan guna habis, PPE dan kit kesihatan,” katanya.

Dalam semangat Keluarga Malaysia, Kementerian Kesihatan juga telah menyumber luar ke hospital swasta dan hospital seliaan. Kementerian lain bagi mengoptimumkan kapasiti kesihatan dalam negara.

Selanjutnya, bagi terus menang dalam melawan COVID-19, Kerajaan bercadang untuk melaksanakan perolehan ubat antiviral yang didapati berkesan terhadap pelbagai virus termasuk COVID-19.

“Yang utama sekali, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan terus diperkasa bagi membekalkan dos ketiga sebagai vaksin penggalak kepada semua orang dewasa di samping meneruskan vaksinasi kepada anak-anak berusia 12 hingga 17 tahun.

“Kerajaan telah menandatangani perjanjian untuk mendapatkan 88 juta dos iaitu bersamaan lebih 140 peratus penduduk dan cukup untuk memberi dos ketiga kepada semua penduduk berusia 12 tahun dan ke atas.

“Pada kesempatan ini, saya merakamkan penghargaan kepada semua ahli Yang Berhormat yang sebulat suara meluluskan pindaan Akta untuk membenarkan kegunaan dana Kumpulan Wang Amanah Negara bagi
membiayai perolehan vaksin COVID-19,” katanya.

Dengan pindaan ini, Kerajaan akan membelanjakan sebaiknya bagi memenuhi keperluan vaksinasi dalam memulih semula dan membina daya tahan buat rakyat dan perniagaan.

Bagi tahun hadapan, Kerajaan bercadang untuk memberikan pelepasan cukai individu dan potongan cukai kepada majikan ke atas kos berkaitan pengambilan vaksin penggalak yang dibiayai sendiri.

(Visited 181 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button