Nasional

RM24.8 juta diperuntukkan bagi memperkasa pembangunan peserta FELCRA seluruh Pahang

KPLB memperuntukkan sejumlah RM24.8 juta kepada Felcra Berhad selaku agensi pelaksana bagi pelaksanaan dan pembangunan aktiviti memperkasakan 24 ribu pesertanya di seluruh Pahang sepanjang tahun ini.

Dato’ Sri Abdul Rahman Bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri 1, Pembangunan Luar Bandar berkata menerusi peruntukan tersebut di bawah Rolling Plan 2, Rancangan Malaysia Ke-12, kementerian akan memfokuskan kepada usaha merapatkan jurang pendapatan antara bandar dan luar bandar.

”Selain itu, kemudahan infrastruktur asas termasuk ameniti sosial diperluas, serta pembangunan modal insan dan peningkatan kadar pendapatan warga luar bandar akan turut diberi tumpuan.

Timbalan Menteri 1, Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Sri Abdul Rahman Bin Haji Mohamad berucap di Majlis Iftar Warga FELCRA Kawasan Sungai Temau, Kuala Lipis

Inisiatif ini juga menunjukkan komitmen kerajaan dalam membangun dan memajukan masyarakat luar bandar melalui KPLB dan FELCRA Berhad – agensi yang diyakini dapat merealisasikan agenda kerajaan ini”, kata Abdul Rahman.

“Sehingga Julai 2020, FELCRA Berhad telah berjaya memajukan seluas 224,130 hektar ladang bagi pihak 107 ribu orang Peserta merangkumi 1,049 Projek Penyatuan dan Pemulihan, serta 33,145 hektar estet milik syarikat FELCRA Berhad.

Baca artikel ini > FELCRA peruntuk RM4.3 juta laksana tanggungjawab sosial korporat tahun ini

”Sebanyak 298 buah projek yang ditadbir oleh 32 buah kawasan yang menjadikan luas keseluruhan tanah yang dibangunkan adalah melebihi 52 ribu hektar di seluruh Pahang”, ujar Rahman.

Beliau menambah, komitmen yang ditunjukkan oleh FELCRA Berhad telah mengubah lanskap pembangunan luar bandar melalui peningkatan taraf hidup dan pendapatan penduduk luar bandar melalui aktiviti pembangunan tanah.

Dato’ Sri Abdul Rahman Bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri 1, Pembangunan Luar Bandar menandatangani Plak Perasmian Pejabat FELCRA Berhad Kawasan Sungai Temau, Pahang.

”KPLB amat menyokong pelaksanaan lebih banyak projek pembangunan berimpak tinggi di setiap Projek FELCRA, agar dapat memberi manfaat kepada peserta dan masyarakat di sekeliling projek, terutama dari segi peningkatan potensi pendapatan mereka”, ujar beliau lagi.

Beliau berkata demikian pada sidang Media Majlis Iftar Warga FELCRA Kawasan Sungai Temau, Kuala Lipis di sini pada petang semalam. Turut hadir, Dato’ Mat Roni Bin Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FELCRA Berhad.

Baca artikel ini > FELCRA Berhad catat peningkatan keuntungan hampir 200% tahun 2021

Pada majlis tersebut, Abdul Rahman turut menyampaikan replika Cek Agihan Keuntungan Boleh Agih Akhir 2021 Fasa 2 Peserta FELCRA Berhad Daerah Kuala Lipis,

Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Al-Ihsan Daerah Kuala Lipis dan menandatangani Plak Perasmian Pejabat FELCRA Berhad Kawasan Sungai Temau, Pahang. – SM

(Visited 274 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button