Ekonomi

Ringgit pada masa ini terkurang nilai

MATA wang negara, ringgit ketika ini diniagakan di bawah nilai sebenar atau terkurang nilai dan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menggalakkan lebih aliran masuk ke dalam pasaran tukaran asing.

Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour, untuk tujuan itu pihaknya turut mengadakan perbincangan dengan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat korporat dan pelabur.

“Memandangkan asas dan prospek ekonomi Malaysia adalah positif, ringgit sewajarnya didagangkan pada tahap yang lebih tinggi.

“BNM telah meningkatkan perbincangan dengan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat korporat dan pelabur untuk menggalakkan aliran masuk yang berterusan ke dalam pasaran pertukaran asing,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button