Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding Dolar AS hari ini
Manakala Bursa Malaysia meneruskan momentum positif
Ringgit dibuka sedikit lebih tinggi berbanding dolar AS berikutan kesan harga minyak mentah yang lebih kukuh. Pada jam 9 pagi, wang tempatan telah meningkat hingga 4.1120 berbanding Dolar AS dari 4.1130 yang direkodkan pada penutupan semalam.
Selain itu, Ringgit diniagakan bercampur dengan sekumpulan mata wang utama. Ia menyusut berbanding Pound kepada 5.8024 dari 5.7952 pada penutupan semalam, dan turun berbanding Euro kepada 4.9837 dari 4.9817 semalam.
Namun Ringgit sedikit kukuh berbanding Dolar Singapura pada 3.0994 dari 3.0997, dan menguat berbanding Yen Jepun kepada 3.7358 daripada 3.7500 sebelumnya.
Bursa Malaysia merekodkad penambahan kenaikan semalam untuk dibuka sedikit lebih tinggi hari ini walaupun terdapat keuntungan kecil di kaunter produk dan perkhidmatan pengguna terpilih.
Pada jam 9 pagi, penanda aras FBM KLCI telah meningkat 0.64 mata kepada 1,583.10 dari penutupan semalam pada 1,582.46. Indeks dibuka 3.64 mata lebih baik pada 1,586.10.
Pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 231 hingga 209, sementara 353 kaunter tidak berubah, 1.360 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung. Jumlah dagangan berjumlah 698.09 juta unit bernilai RM330.72 juta juga direkodkan.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 3.79 mata kepada 11,569 dan Indeks FBMT 100 naik 3.94 mata kepada 11,247.87, sementara FBM ACE turun 39.10 mata kepada 7,628.47. Indeks FBM Emas Shariah turun 3.04 mata kepada 12,710.40 dan FBM 70 meningkat 3.01 mata kepada 15,032.41.
Dari segi sector pula, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 19.15 mata kepada 15,330.62, sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri naik 0.55 mata kepada 193.77, dan Indeks Perladangan turun 17.64 mata kepada 6,660.32. – SM