Nasional

Vaksin Covid-19: Pelajar perubatan UM dakwa dihalang duduk peperiksaan

Pihak UM meneliti laporan polis yang dibuat pelajar

PIHAK pentadbiran Universiti Malaya (UM) memandang serius berhubung laporan polis yang dibuat oleh seorang pelajar jurusan perubatan atas dakwaan, pihak pentadbiran UM menghalangnya daripada menduduki peperiksaan kerana belum menerima suntikan vaksin Covid-19.

Pengarah Pejabat Komunikasi UM, Mohd. Khairi Md Jaafar dalam satu kenyataannya berkata, pihak UM sedang meneliti perkara tersebut secara lebih terperinci dan bersikap terbuka bekerjasama dengan semu pihak terbabit bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Beliau berkata dalam kenyataannya, sebagai sebuah universiti yang menerapkan nilai kebersamaan, Universiti Malaya sentiasa berjuang bersama-sama dengan rakyat Malaysia dalam memerangi wabak Covid-19.

Beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab pihak universiti untuk menyediakan kampus yang kondusif dan selamat kepada warga kampus dalam berhadapan dengan pandemik ini. – SM

 


(Visited 50 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button