Ekonomi

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding Dolar AS

Nilai Ringgit melonjak berbanding dari penutupan sesi semalam, ia dibuka lebih tinggi berbanding Dolar AS hari ini kerana sokongan belian kesan dari perkembangan positif program pemberian vaksin Covid-19.

Pada jam 9 pagi, Ringgit dibuka tinggi pada 4.1400 berbanding Dolar AS dari penutup semalam pada 4.1440.

Sementara itu, wang tempatan, bagaimanapun, diperdagangkan lebih rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Ringgit jatuh berbanding Dolar Singapura kepada 3.1186 berbanding penutupan semalam pada 3.1165 dan lemah berbanding Euro kepada 5.0607 daripada 5.0602.

Mata wang tempatan juga turun berbanding Pound Britain kepada 5.8647 daripada 5.8575 dan menyusut nilai berbanding Yen Jepun kepada 3.8065 dari 3.8057 pada penutupan semalam. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button