Rina Harun luah rasa melalui puisi ‘Kita semua satu keluarga’
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun telah meluahkan rasa cintanya kepada negara melalui puisi.
Beliau yang turut serta pada sambutan hari kemerdekaan hari ini meluahkan rasa syukur atas nikmat kebebasan dirasai kini.
Lebih menarik lagi, sambutan hari kemerdekaan diraikan dengan semangat muhibbah masyarakat berbilang kaum.
Berikut adalah puisi nukilan Rina:
Kita semua satu keluarga
Di atas pentas…
Meriahnya sambutan tahun ini
Pelbagai acara, berbilang bangsa
Kita semua satu keluarga.
Namun sebaknya rasa hati…
Rasa kesyukuran yang tidak terhingga
65 Tahun negara telah Merdeka.
Merdeka
Merdeka
Merdeka
65 tahun yang lalu…
Aku belum dilahirkan…
Ibu pun ketika itu baru berusia 6 tahun
Banyak yang diceritakan oleh ibu
Walau diusia muda
Zaman kanak-kanaknya penuh pelbagai cerita
Pengalaman, pahit manis negara dijajah.
Besarnya pengorbanan pejuang tanah air.
Buat kami anak kelahiran pasca merdeka
Tak mungkin dapat dibalas segala pengorbanan mereka
Inilah tanah air ku
Tanah tumpah darahku
Demi negara tercinta ini
Ku berjanji
Akan kupertahankan kemerdekaan ini
Akan kucurahkan khidmat dan bakti
Demi negaraku
Demi Malaysiaku.