Ekonomi

Rezeki terpijak Datuk Red, sedia terima bimbingan Dr. Azizan dan Dr. Samhan

SELEPAS jatuh ditimpa tangga akibat muflis sejak tahun 2019 dengan bebanan hutang sebanyak RM7 juta kini menampakkan sinar bahagia bagi suami kepada penyanyi Adira, Datuk Seri Adenan Abu, 46, atau lebih dikenali Datuk Red.

Tidak mahu dianggap pemintah sedekah dengan pemberian orang ramai dari TikTok, Datuk Red lebih selesa mencari pendapat dengan bekerja.

“Pada malam itu bertalu-talu ‘gift’ yang diterima, memang saya sangat terkejut sehingga satu tahap saya terpaksa tamatkan ‘live’. Memang saya akui hasilnya lumayan dan kerjanya cukup mudah, hanya live dan raih pendapatan.

“Namun saya tidak mahu begitu, biarlah saya berusaha dengan berniaga. Jika orang simpati dengan saya, belilah barang, sekurang-kurangnya kedua-dua pihak dapat manfaat. Dan follower saya boleh menjadi affiliate dan pendapatan semua akan berkembang.

Nampaknya, rezeki Datuk Red semakin melimpah ruah apabila diberi peluang Oleh Dr. Azizan dengan kerjasama anak didiknya iaitu Dr Samhan yang merupakan pempegaruh dokter perubatan di Media sosial.

“Saya sedang membuat siaran ‘live’ di tiktok, kebetulan Dr. Azizan menegur saya ketika itu, selepas itu beliau menghubungi saya dan menawarkan bantuan bimbingan dengan kerjasama bersama Dr. Samhan.

“Walaupun begitu, ada syarat-syarat yang perlu dipersetujui agar saya tidak tersasar terutama dalam perniagaan”.

Menurut Datuk Wira Dr. Azizan , bimbingan ini direalisasikan hasil kerjasama dengan pemilik Him Wellness Clinic, Dr. Samhan memfokuskan produk dan servis untuk kesihatan lelaki.

“Saya yakin dengan kerjasama ini, Datuk Red dapat bangkit semula dan mencapai jualan pertamanya sebanyak RM1 juta dalam tempoh tiga bulan.

“InsyaAllah, dengan izinNya dan sokongan daripada semua pihak, saya dan RichWorks akan cuba membantu Datuk Red dengan bimbingan perniagaan agar beliau dapat menyelesaikan hutangnya dan keluar dari kebankrupan dengan memulakan perniagaan baru ini”.

Manakala Dr.Samhan ketika ditemui berkata beliau berbesar hati bekerjasama dengan Datuk Red sebagai ‘Ambassador Partner’ bagi produk dan servis yang ditawarkan.

“Saya melihat ini satu peluang yang baik disamping dapat menjadi contoh kepada sesiapa sahaja yang melalui fasa kehidupan yang sama untuk kembali bangkit.

“Yang penting kesungguhan Datuk Red untuk berubah dan berjaya dengan platform yang disediakan” ujarnya.

(Visited 49 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button