AgamaHiburan

Rezeki Ashraf Muslim

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Segalanya adalah percaturan Allah dan peluang ke tanah suci Mekah pasti tidak akan dilepaskan oleh pelakon Ashraf Muslim.

Pasti sukar untuk digambarkan dengan kata-kata apabila Ashrad dipanggil sebagai tetamu Allah. Bertuah, beruntung kerana peluang ini adalah suatu yang besar kerana pemergian beliau nanti bukan sekadar jemaah biasa untuk menunaikan ibadah umrah.

Benar, Ashraf dijemput menjadi dhuyuf al Rahman dan pasukan pertama dari Malaysia yang membawa jemaah menunaikan ibadah umrah.

Undangan yang tidak disangka-sangka itu dikongsikan oleh Ashraf dalam lama sosial Instagram (IG) miliknya sambil meluahkan rasa syukur di atas jemputan itu.

“Alhamdulillah, hari ini saya telah dijemput menjadi dhuyuf al Rahman untuk ke tanah suci Allah S.W.T.


“Di mana menjadi team pertama dari Malaysia yang membawa jemaah umrah dengan mengikuti SOP yang baru,” tulisnya dalam laman IG.

Ashraf berkata, team mereka akan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu ekoran pandemik Covid-19.

Dalam catatannya, beliau turut mengakui berasa tidak percaya apabila menjadi insan yang bertuah dan terpilih untuk menjalankan satu tanggung jawab yang besar.

Beliau juga berkata, tidak akan lupa untuk menitipkan doa bagi mereka yang dekat dengannya apabila beliau berada di Mekah nanti.

“Ya Allah, rasa macam tak percaya, ya Allah. Engkau jagalah, lindungilah keluargaku, sahabat-sahabatku dan mereka yang ku sayang serta harta bendaku ya Allah,” ucap Ashraf..

Ashraf juga berharap agar urusan keluarganya dipermudahkan semasa ketiadaannya kelak.

Hal ini berikutan pengumuman Malaysia yang menjadi negara Asia Tenggara pertama membuka sempadan bagi rakyat menunaikan umrah. – SM

(Visited 39 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button