Luar Negara

Restoran konsep penjara dibuka oleh bekas banduan

DUA banduan Iran membuka sebuah restoran selepas dua tahun dibebaskan bagi membantu mengumpul dana untuk membebaskan tahanan di dalam penjara kerana gagal membayar hutang.

Restoran itu terletak di timur Tehran dan diberi nama Cell 16 dengan gambar seorang banduan yang kecewa memegang kaki ayam dengan satu tangan manakala satu lagi tangan mencuba membengkokkan palang sel untuk melarikan diri.

Pengasasnya, Benyamin Nahat mengatakan bahawa idea untuk membuka restoran itu tercetus ketika menjalani hukuman di dalam penjara.

“Menghias tempat itu mudah dan kami menggunakan konsep penjara iaitu tempat kami ditahan.

“Kami mahu menunjukkan bahawa penjara tidak semestinya tempat yang dipenuhi dengan orang jahat,” katanya.

Dia turut menambah kadangkala, penghuni penjara terdiri daripada orang yang tidak melakukan jenayah tetapi terkena musibah dan itu boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Manakala rakan kongsinya iaitu Arman Alizadeh yang berusia 30 tahun ialah seorang pengeksport yang pernah bergelut dengan bebanan hutang, jadi ia enggan melupakan rakan bantuan lain.

“Kami mahu membantu banduan dengan melancarkan kempen untuk mendapatkan bantuan dana daripada penderma atau pelanggan,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button