Remaja perempuan maut akibat putus cinta
Seorang remaja perempuan ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat lima di Flat Taman Pulai Utama, Kangkar Pulai pada pukul 5.45 petang.
Mangsa berusia 17 tahun yang merupakan seorang pelajar sekolah dipercayai bertindak untuk terjun akibat bergaduh dengan teman lelakinya.
Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, saksi memaklumkan ada ternampak nampak remaja tersebut bermain telefon di tingkat lima, sebelum mendengar bunyi sesuatu yang jatuh.
“Saksi nampak mayat mangsa berada di lantai bawah blok dan terus menelefon Balai Polis Kangkar Pulai untuk memaklumkan kejadian ini,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Siasatan lanjut mendapati sebelum kejadian, remaja itu bergaduh dengan teman lelakinya.
“Teman lelaki mangsa mengatakan mahu memutuskan hubungan dan sebelum kejadian, mangsa ada menghubungi lelaki itu tetapi tidak dijawab,” katanya.
Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan teruk di kepala dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut-SM