JenayahMahkamahNasional

Remaja perempuan direman 6 hari kerana baling pisau pada adik hingga mati

SEORANG remaja perempuan dipercayai membaling pisau pada adik lelakinya hingga maut di Ulu Pulai, Ulu Choh dekat Iskandar Puteri, Johor semalam direman enam hari bermula hari ini.

Tempoh reman sehingga 25 Oktober ini terhadap remaja berusia 18 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurmadiana Mamat di Mahkamah Majistret hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan bagi membolehkan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam, polis menahan remaja perempuan itu selepas menerima laporan mengenai insiden tersebut pada pukul 2.15 petang.

Ketua Polis Iskandar Puteri, Rahmat Ariffin berkata, tragedi malang itu dipercayai berpunca apabila mangsa berusia 16 tahun bergaduh dengan kakaknya berikutan berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.

Berdasarkan keterangan daripada ibu mangsa, mereka bergaduh dan kakak mangsa mengaku membaling pisau ke arah mangsa selepas dipersenda ketika masuk ke dalam rumah keluarga.

Mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 2.30 petang hari ini.

Bedah siasat akan dijalankan di Hospital Sultanah Aminah (HSA). – FMT – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button