Luar Negara

Remaja autistik dihukum penjara 15 tahun

Didapati bersalah mencampak kanak-kanak dari tingkat 10

MAHKAMAH di London membuat keputusan menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke atas seorang remaja autism berusia 18 tahun selepas didapati bersalah mencampak seorang kanak-kanak berusia enam tahun dari tingkat 10, pada musim panas tahun lepas.

Jonty Bravery didapati bersalah atas cubaan membunuh telah melakukan kesalahan itu dengan cara mencampakkan mangsa dari platform tinjau tingkat 10 galeri seni Tate Modern di London.

Kanak-kanak itu yang identitinya dirahsiakan, berada di lokasi kejadian bersama ibu bapanya.

Dilaporkan insiden itu berlaku dalam sekelip mata iaitu selepas terlepas daripada pandangan, kanak-kanak itu dihampiri Bravery lantas tanpa diduga, bertindak mencampak mangsa ke bawah.

Biarpun terselamat dalam insiden mengerikan itu, mangsa mengalami pendarahan teruk di bahagian otak selain beberapa kecederaan kekal lain di bahagian tulang belakang, kaki dan tangannya.

“Mangsa sudah boleh berjalan beberapa meter dan bermain dengan alat mainannya sambil duduk.

“Dia bagaimanapun masih belum boleh berkomunikasi dengan lancar dan ingatannya juga dalam keadaan tidak baik.

“Doktor memberitahu mangsa mungkin mengambil masa yang lama sebelum boleh makan dan minum sendiri,” tulis ibu bapa kanak-kanak itu di laman GoFundMe.

Pakar psikiatri forensik yang bekerja di hospital di mana Bravery ditahan memberitahu mahkamah, dia tidak boleh membayangkan Bravery dilepaskan untuk kembali hidup di tengah-tengah masyarakat.

Bravery yang berada di bawah tanggungjawab perkhidmatan sosial Hammersmith dan Fulham, tinggal di sebuah asrama Northolt di bawah pengawasan seorang penjaga.

Dia bagaimanapun dibenarkan keluar tanpa ditemani sesiapa untuk durasi empat jam.

Setahun sebelum kejadian, pengasuhnya ada membuat catatan tentang sikap agresif Bravery.

Malahan malah dia juga dilaporkan mempunyai rancangan untuk membunuh seseorang, dengan cara “menolaknya dari bangunan tinggi”.

Remaja autism itu yang dibesarkan keluarga, ditahan di bawah Akta Kesihatan Mental ketika berusia 16 tahun sebelum diletakkan di bawah jagaan pihak berkuasa tempatan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button