fbpx
Politik

Shafie calon Perdana Menteri pilihan ketiga PH?

PAKATAN Harapan (PH) mungkin akan mengangkat Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri ke-9.

Hal demikian ekoran kemelut pemilihan pemimpin bagi jawatan itu dalam kalangan PH masih buntu apabila pilihan pertama dan pilihan kedua tidak berhasil.

Justeru, idea pilihan ketiga dikatakan dari Sabah diketengahkan dalam usaha merampas kerajaan persekutuan daripada Perikatan Nasional (PN).

Malah idea tersebut juga muncul apabila Warisan secara terbuka mencadangkan supaya ada Perdana Menteri pertama dari Sabah atau Sarawak.

“Sabah Sarawak sebagai rakan setaraf dalam pembentukan Malaysia tidak kurang hebatnya berbanding Semenanjung.

BACA > Gangguan bekalan air di Chini berpunca daripada PH — Suara Merdeka

“Kita bukan second class. Kita setaraf.

“Malah aspirasi untuk melihat seorang Sabahan atau Sarawakian memimpin negara Malaysia sebagai Perdana Menteri suatu hari nanti bukan mustahil.

“Ia boleh termakbul dengan kesatuan hati yang teguh dan utuh.”

Demikian kata Naib Presiden Warisan, Junz Wong yang membayangkan Mohd. Shafie berkeupayaan untuk mentadbir kerajaan persekutuan.

Menurutnya lagi, sekiranya Ketua Menteri Sabah itu dipilih dan hasrat PH merampas kerajaan menjadi kenyataan, ia merupakan pertama kali Perdana Menteri datang dari bukan Semenanjung.

BACA > PAS kemuka usul undi percaya terhadap Muhyiddin di Parlimen — Suara Merdeka

Buah fikiran untuk menyelesakan konflik antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim turut datang daripada Ahli Parlimen Langkawi itu.

Mohd. Shafie dipercayai pernah ditawarkan jawatan nombor satu kerajaan itu sebagai usaha untuk menafikan cita-cita Ahli Parlimen Port Dickson menjadi Perdana Menteri.

“Tun (Dr. Mahathir) memberitahu bahawa Shafie akan jadi calon Perdana Menteri PH jika pilihan raya umum diadakan.”

Demikian laporan portal Malaysiakini memetik sumbernya yang memaklumkan berlaku pertemuan tertutup antara Dr. Mahathir dengan sekumpulan anggota Bersatu di Putrajaya semalam.

Lapor portal itu lagi, Dr. Mahathir sudahpun membawa cadangan nama Mohd. Shafie sebagai pilihan ketiga kepada parti DAP dan Amanah.

Terdahulu, Presiden PKR, menolak tawaran dan permintaan bekas Pengerusi Bersatu untuk memegang jawatan Perdana Menteri dalam tempoh enam bulan.

BACA > PRU-15 mungkin lima bulan lagi – Tok Mat — Suara Merdeka

Malah Dr. Mahathir juga dilihat tidak yakin dengan tempoh tersebut dan meminta untuk memegang jawatan tersebut selama setahun lagi. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button