Nasional

Rekod: 1,228 kes baharu Covid-19

REKOD kes Covid-19 dicatatkan hari ini apabila 1,228 kes baharu dikesan dari 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini.

Jumlah itu adalah yang paling tinggi dicatatkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan 221 hari yang lalu. Dan kali pertama kes baharu mencecah empat digit.

Daripada jumlah kes baharu itu 1,217 kes merupakan jangkitan tempatan dan 11 kes import.

Sabah masih menjadi negeri paling banyak kes baharu iaitu 889 kes, diikuti Negeri Sembilan (96), Selangor (76), Kedah (76), Labuan (26) dan Pulau Pinang (23).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan kes aktif kini mencecah 8,966 kes.

Sejumlah 92 pesakit dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi dan 31 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan.

Tujuh kematian dilaporkan akibat Covid-19 dengan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 221 kes.-SM

(Visited 70 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button