“Rechargeable Ball” digunakan di Piala Dunia Qatar
BUKAN bola biasa yang digunakan dalam pertandingan Piala Dunia yang berlangsung di Qatar sebaliknya bola Al-Rihla itu “rechargeable” atau boleh dicas semula selepas digunakan dalam satu-satu perlawanan.
Menurut portal Marca, bola yang digunakan dalam pertandingan berprestij dunia itu sangat canggih dan seiring dengan kemajuan teknologi masa kini.
Bola yang dihasilkan dengan kerjasama Adidas dan FIFA bertujuan memudahkan pengadil untuk membuat keputusan sama ada ia melepasi garisan gol atau pun berada pada kedudukan “off side”.
Malah fakta yang lebih menarik tentang bola ini ialah ia dilengkapi dengan 14 gram sensor di bahagian dalam selain mampu mengesan keberadaan bola berkenaan sewaktu berada atas padang.
Dengan mengunakan kuasa bateri, jangka hayat bola ini mampu bertahan sehingga enam jam. – SM
⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽