Uncategorized

Tuduhan PN terima dana syarikat judi: PAS gesa Anwar kemuka bukti

PERIKATAN Nasional (PN) mempertimbangkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan tuduhan kononnya gabungan itu menerima dana daripada syarikat perjudian bagi tujuan kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), baru-baru ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, partinya kesal dengan tuduhan berunsur fitnah yang dikeluarkan Anwar itu.

Katanya, tuduhan itu tidak berasas dan beliau meminta Anwar mengemukakan bukti terhadap dakwaan tersebut.

“Tuduhan tersebut langsung tidak berasas dan PAS menuntut Perdana Menteri PH (Anwar) memberikan bukti yang nyata terhadap tuduhan liar tersebut jika ada.

“Sekiranya gagal, Perikatan Nasional akan meneliti suatu tindakan perundangan terhadap pihak-pihak yang memfitnah,” katanya dalam satu kenyataan.


Terdahulu, beberapa media melaporkan Anwar membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.

FMT melaporkan, bercakap pada sidang media di Pejabat Perdana Menteri semalam, Anwar berkata, Kementerian Kewangan juga mendapati “pelanggaran” dalam pemberian kontrak berjumlah RM600 bilion tanpa tender.

Dalam laporan itu, Anwar dipetik sebagai berkata, dana pilihan raya untuk parti “Melayu” dan parti “Islam” datang dari syarikat perjudian. – SM

 

(Visited 140 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button