Nasionalpilihan

‘Rebuilding Growth, Spurring Excellence’ jadi tema FIM2022 – MFA

Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2022 (FIM2022) merupakan satu-satunya program pameran dan persidangan francais terbesar di Asia Tenggara dengan rekod penganjuran selama 28 tahun.

Menurut Persatuan Francais Malaysia (MFA), penganjuran FIM2022 adalah hasil usaha sama antara pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan persatuan itu sendiri.

Pengerusinya, Datuk Radzali Hassan berkata, FIM2022 memainkan peranan penting sebagai platform dan wadah untuk para penggiat industri francais serta bakal usahawan francais dari dalam dan luar negara berkumpul.

“FIM2022 mewujudkan ruang intelek dan sesi perbincangan yang aktif dan proaktif dalam membina rangkaian perniagaan francais serta ia merupakan salah satu platform terbaik.

“Hal ini demikian kerana masyarakat boleh meneroka peluang pekerjaan melalui francais seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka ke arah yang lebih baik,” katanya.

Radzali berkata demikian semasa berucap dalam FIM2022 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan turut dihadiri Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Dalam masa sama, Radzali memperkenalkan ‘Rebuilding Growth, Spurring Excellence’ sebagai tema FIM2022.

KPDNHEP memaklumkan FIM2022 disertai hampir 100 jenama francais tempatan dan luar negara seperti daripada Amerika Syarikat, Australia, Indonesia, Itali, Jepun, Korea Selatan, Singapura serta Taiwan.

“FIM2022 menyasarkan kehadiran 14,000 pengunjung dengan jangkaan potensi pelaburan francais sehingga RM450 bilion sepanjang tiga hari pameran,” katanya.

FIM2022 berlangsung bermula 8 hingga 10 September di KLCC dan orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut cara membuka francais dijemput hadir.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button