Reaksi postif warganet selepas Najib lafaz sumpah laknat
KUALA LUMPUR – Hanya sejam selepas Datuk Seri Najib Tun Razak membuat sumpah laknat Facebook bekas Perdana Menteri itu dibanjir dengan komen postif daripada warganet.
Hantaran lafaz sumpah yang dilakukan di Masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat bagi menafikan dia mengarahkan pembunuhan wanita Mongolia itu mendapat 32 ribu reaksi daripada warganet dan lebih 4,000 komen.
“Moga dilaknat Allah yang memfitnah. Moga susah hidupnya di dunia. Moga menderita dan dibuka Allah aibnya orang memfitnah,” tulis Din Patin.
“Ya Allah, engkau tahu kami rakyat Malaysia amat terharu dengan pendirian DSNR yang telah melakukan sumpah laknat demi untuk membersihkan nama beliau atas fitnah yang dilemparkan kepada beliau. Meskipun kami nampak DSNR amat tabah namun jauh dilubuk hati kami,kesayuan terus menyelubungi hati kami rakyat Malaysia yang amat sayangkan beliau dan seisi keluarganya. Semoga Allah mendengar segala rintahan rakyat selama ini dan merahamati DSNR dan keluarga. Amin,” komen Dayang Marjannah II.
“Ya Allah. Punyalah berat ujian Mu buat anak Adam bernama Najib Razak ini. Tidak lekang ujian yg dtg drpd musuh-musuh beliau. Aku bermohon kepadaMu ya Allah kau lindungilah beliau daripada seksaan dunia ini. Jika benar dia yang punya angkara hukumlah beliau tetapi jika ujian ini datang dari fitnah-fitnah musuhnya maka turunkanlah seksa dan bala supaya kami rakyat dan hambaMu dimuka bumi Malaysia yang bertuah ini terlindung daripada permainan duniawi orang-orang yang kejam dan jahat,” tulis Abdulla Anda.
“Berani kerana benar takut kerana salah. Aku yakin DSN berkata benar. Semoga Allah memelihara dan menguatkan perjuangan DAN. Dato tidak berseorangan, kami golongan miskin desa sentiasa berdiri dan akan sentiasa berada di belakang dato. Ya Allah ya mujib kau perkenankanlah doa-doa hambamu ini,” kata Saidan Khadri Khalid.
“Lagi parah bila ada orang mempermainkan sumpah laknat ni dan terus menfitnah. Semoga sebelum mati mereka bertaubat. Sekarang kita serah pada Allah. Jika ditakdirkan untuk kes ini disiasat semula elok juga tu. Jika ketiga tiga bersumpah laknat, kita berdoa agar Allah menunjukkan sesuatu yang benar. ALLAH MENGETAHUI SESUATU PERKARA ALLAH MAHA MENGADILI ALLAH MAHA MENGASIHANI hambaNya yang teraniaya,” komen Muhammad Fariz.
Berikut adalah sumpah laknat yang dilafazkan Najib selepas solat Jumaat:
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bismillahirrahmanirrahim
Pada hari ini 20 Disember 2019 bersamaan 23 Rabiul Akhir 1441H, di dalam rumah Allah SWT yang mulia dan pada hari Jumaat yang berkat ini, saya Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, berikrar dan bersumpah
A’uzubillahi minas syaitonirojim
Bismillahirrahmanirrahim
Wallahi, wabillahi, watallahi
Alhamdulillah sejak saya memasuki usia taklif hingga ke saat ini, saya tidak pernah mengarahkan mana-mana individu untuk membunuh seorang wanita warganegara Mongolia yang bernama Altantuya Shaariibuu.
Malah saya tidak pernah berjumpa dan mengenali mendiang sama sekali.
Jika saya berdusta, maka laknat Allah SWT atas diri saya dan jika saya benar, maka mereka yang memfitnah saya dan tidak bertaubat akan dilaknat oleh Allah SWT di dunia dan akhirat.-SM