Nasionalpilihan

Rapid Rail tiada masalah peruntukan, usaha tukar material dan ‘hardware’ dan ‘software’ diluluskan

Kegagalan komponen elektronik sistem kawalan tren automatik atau ATC berlaku di luar jangkaan.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Mohd Azharudin Mat Sah juga menafikan bahawa Rapid Rail menghadapi masalah peruntukan untuk proses pembaharuan komponen sistem kawalan tren yang sudah mencapai jangka hayat.

“Tidak ada masalah peruntukan untuk memperbaharui komponen elektronik tetapi kami jangka memang sudah tiba masa untuk ditukar.

“Kami telah mendapat kelulusan daripada lembaga pengarah untuk menukar material dan ‘hardware’ dan ‘software’ ini, cuma di luar jangkaan kami apabila ia terjadi, malah kami mendapat peruntukkan dan kelulusan untuk menukar sistem ini,” katanya.

Dalam pada itu, Azharudin menjelaskan tempoh tujuh hari yang diambil adalah bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan secara menyeluruh dan mengenal pasti punca kegagalan yang sebenar bagi memastikan kesemua tren selamat untuk digunakan.

“Kami menunggu ketibaan pakar OEM yang akan tiba esok. Kami perlukan sedikit masa untuk kenal pasti punca kegagalan dan menjalankan ujian supaya tren dapat kembali berfungsi dengan selamat untuk jangka yang panjang,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button