Ekonomi

Rancangan suku pertama 2021 Halo Telco stailo habis!

BOLEH dikira sebagai rezeki berganda kepada rakan niaga dan pengguna Halo Telco apabila pelbagai insentif disediakan untuk anda.

Ini termasuklah beberapa cabutan bertuah bukan sahaja diteruskan, malah insentif dan hadiahnya juga ditambah baik sebagai penghargaan kepada rakan niaga dan pengguna Halo Telco.

Antara yang menarik adalah hadiah wang tunai, pakej umrah dan peluang memenangi sebuah kereta jenis Perodua Myvi sedia untuk direbut oleh rakan niaga dan pengguna bertuah.

Oleh demikian, keseluruhan insenstif yang diumumkan oleh Halo Telco dengan tema drama parodi dan dinamakan sebagai Belanjawan Q1 Halo Telco 2021 itu adalah bernilai RM500,000.

Cabutan satu hari satu Xiaomi Mi TV Stick Android 9.0 dan RM100 baucer KFC

“Cabutan bertuah ini terbuka kepada semua pengguna Halo Telco, tak perlu jadi dealer pun anda berpeluang untuk memenangi hadiah.

“Mudah sahaja, pengguna hanya perlu membuat langganan pelan sama ada M6, UNL30, M10, Tune UNL atau Y120 dengan menggunakan aplikasi Halo Go.

“Seperti semua sedia maklum cabutan bertuah ini akan dilaksanakan secara langsung di Facebook rasmi Halo Telco HQ dan seperti biasa akan dilakukan oleh artis Halo Telco.

Satu bulan satu pakej umrah

“Cabutan bertuah bulanan, satu bulan satu pakej umrah, khas untuk pengguna yang beragama Islam Halo Telco akan meneruskan cabutan pakej umrah. Terbuka kepada semua pengguna.

“Pengguna hanya perlu melanggan pelan sama ada M6, UNL30, M10, Tune UNL atau Y120 dengan menggunakan aplikasi Halo Go.

“Kepada yang bukan beragama Islam, jangan risau, hadiah pakej umrah akan ditukarkan kepada wang ringgit tak ada masalah.

‘Referal code, user get user’

“Ketiga, pengguna dapatkan pengguna menggunakan kod rujukan. Pada sesi Q1 ini, Halo Telco buat julung kalinya memperkenalkan program insentif untuk semua pengguna yang menggunakan ‘referal code’.

“Program ini dinamakan ‘user get user’ pengguna hanya perlu memberi ‘referal code’ kepada kenalan mereka atau sesiapa sahaja.

“Pengguna hanya perlu melanggan pelan sama ada M6, UNL30, M10, Tune UNL atau Y120 dengan menggunakan aplikasi Halo Go.

“Pengguna yang menggunakan ‘referal code’ tertinggi akan memenangi Xiomi Mi Stick setiap bulan dan berpeluang untuk menjana pendapatan pasif.

“Pengguna yang berjaya membuat ‘referal code’ tertinggi di penghujung Q1 akan memenangi hadiah Laptop Huawei.

“Jadi pada pengguna di luar sana, jangan lupa recommend kawan-kawan anda untuk menggunakan kad sim Halo Telco.

“Keempat, rakan niaga dapatkan pengguna menggunakan ‘referal code’.

“Programn ‘referal code’ ini akan diteruskan dengan insentif ‘rakan niaga dapatkan pengguna’.

“Rakan niaga yang ingin memenangi hadiah ini perlu menggunakan ‘referal code’ daripada aplikasi Halo Go atau reffer atau rujuk kepada pengguna yang baharu.

Menangi PS5 atau iPad Air 3rd Generation

“Apa yang menarik, rakan niaga yang membuat ‘referal code’ tertinggi akan memenangi hadiah iaitu Playstation 5 (PS5) ataupun iPad Air 3rd generation.

“Keputusan di tangan anda, menarik kan? Tak suka PS5, anda boleh pilih iPad.

“Kelima, kempen insentif MNP iaitu ‘port-in’. Seperti yang sedia maklum kempen insentif MNP adalah kredit tambahan kepada rakan niaga Halo Telco.

Kredit tambahan dinaikkan dariapda RM2 kepada RM6

“Sebelum ini, kita berikan kredit tambahan RM2 setiap satu ‘port-in’ MNP dan kali ini kita tingkatkan kepada RM6, tiga kali ganda.

“Untuk setiap satu ‘port-in’ MNP yang layak akan mendapat kredit Go tambahan sebanyak RM5.

“Bukan itu sahaja, mentor rakan niaga, mentor kepada mentor rakan niaga akan mendapat kredit Go tambahan 50 sen.

Insentif RM1,000 kepada Top 10 rakan niaga mengikut wilayah

“Keenam, Top 10 rakan niaga mengikut wilayah, kita sebenarnya ada insentif kepada rakan niaga yang membuat pendaftaran tertinggi.

“Kami akan memberikan semua rakan niaga mengikut wilayah dan semua rakan niaga yang membuat pendaftaran baharu atau ‘port-in’ MNP semua rangkaian dengan tambah nilai dengan melanggan kad pelan M6, M10, UNL30, Y120 ataupun Tune UNL dalam masa tujuh hari selepas pendaftaran akan mendapat RM1,000 untuk Top 10.

“Untuk insentif ini sahaja, kami akan membelanjakan RM100,000 kepada semua pemenang.

Menang gold bar seberat 0.5 gram

“Ketujuh, ‘top recruit’ rakan niaga yang baharu, kepada semua rakan niaga yang membuat recruitment atau mencari rakan niaga yang baharu, kami akan memberikan iPhone 12 kepada yang membuat recruitment tertinggi atau yang mencapai Top 100 anda semua akan mendapat 0.5 gram gold bar.

Cabutan bertuah Myvi King of The Road dan wang tunai

“Kelapan, cabutan bertuah ‘Myvi King of The Road’ dan wang tunai. Untuk hadiah yang terakhir ini kami akan membelanjakan hampir RM100,000 nilai hadiah keseluruhan.

“Program ini dinamakan ‘Myvi king dan wang tunai’ khas kepada semua rakan niaga dan pengguna yang membuat pendaftaran ataupun rujukan menggunakan ‘refferal code’ anda.

“Bagaimanakah untuk memenangi hadiah ini? Caranya mudah sahaja, lakukan pengaktifan baharu ataupun ‘port-in’ MNP disemua rangakaian yang layak.

“Kemudian, pastikan pelanggan anda melanggan pelan M6, M10, UNL30, Y120 ataupun Tune UNL di aplikasi Halo Go.

“Untuk setiap 50 pendaftaran ataupun rujukan, satu tiket cabutan bertuah akan diberikan. Lebih banyak pendaftaran ataupun rujukan, lebih banyak tiket akan diberikan dan lebih besar peluang untuk anda menang.

Pelbagai hadiah wang tunai untuk direbut

“Selain daripada hadiah ‘Myvi King’ ini, kami juga akan memberikan hadiah wang tunai berjumlah hampir RM100,000 secara keseluruhan kepada pemenang cabutan bertuah.

“Ini insentif terbesar yang kami akan berikan kepada rakan niaga sebagai menghargain usaha keras anda yang telah berusaha keras untuk meningkatkan lagi jumlah jualan.”

Demikian pengumuman dibuat oleh Pengasas Halo Telco, Ayahanda Shukex dalam siaran langsung di Facebook Halo Telco HQ petang tadi.

Selain itu, Halo Telco turut memperkenalkan pelbagai insentif lain termasuk memberikan bantuan kepada pemilik trak stor, stor konsep dan mini Halo Telco.

“Selain itu, kami juga akan menyediakan insentif khas kepada pemilik trak stor di Kedah dan juga di Johor.

“HQ akan memberikan RM500 elaun pengangkutan dan juga RM500 elaun tunai setiap bulan.

“Kami juga akan membekalkan meja, booth, banner dan payung kepada trak stor yang terpilih.

“Untuk pemilik trak stor di negeri lain, anda tak perlu risau, ini adalah program perintis dan akan diperluaskan lagi pada masa akan datang di semua negeri.

“Kami akan membekalkan pelbagai kemudahan asas kepada Stor Konsep dan Mini seperti projektor, meja, kerusi dan whiteboard. Keseluruhan bantuan adalah berjumlah RM50,000,” ujarnya.

Khairat kematian kepada pengguna Halo Telco

Lebih menarik, pengguna Halo Telco juga bukan sahaja mendapat pelbagai insentif tersebut malah diberikan khairat kematian sehingga RM1,200.

“Kepada pengguna yang melanggan M6 selama enam bulan berturut-turut anda layak mendapat khairat kematian berjumlah RM800.

“Manakala kepada pengguna M10 yang telah melanggan pelan selama enam bulan berturut-turut dan berterusan, anda layak menuntut khairat kematian sebanyak RM1,200.

“Saya juga menjelaskan pelan Tune UNL RM48 juga mempunyai khairat kematian berjumlah RM800, yang mana pengguna menggunakan pelan ini selama enam bulan berturut-turut dan berterusan.

Sertai Halo Academy untuk sertai program keusahawanan Halo Telco

Selain itu, Halo Telco juga memberi peluang kepada sesiapa yang ingin menceburi dan mendapatkan pengetahuan tentang perniagaan dalam Halo Telco boleh menyertai latihan dalam Helo Academy.

“Saya juga ingin memperkenalkan satu lagi inisatif yang mana kita akan menubuhkan satu pusat latihan yang dipanggil sebagai Halo Academy.

“Halo Academy adalah satu tempat yang akan melatih mana-mana rakan niaga yang berminat memantapkan lagi pengetahuan perniagaan dalam Halo Telco dan berminat untuk pergi lebih jauh dalam perniagaan ini.

“Pada permulaan ini, kami akan membuka lima pusat Halo Academy di seluruh Malaysia. Ini adalah satu program yang sangat sesuai untuk melatih sesiapa sahaja yang ingin menceburi perniagaan dalam Halo Telco,” kata Shukex. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button