NasionalRencah Hidup

Halo Telco bantu penduduk Kampung Halo

RAMAI yang sudah sedia maklum dengan keadaan yang cukup mendesak di Sabah ekoran penularan pandemik Covid-19.

Malah, hampir keseluruhan negeri di bawah bayu itu telah diletakkan di bawah zon merah sekaligus menyukarkan penduduk tempatan untuk bergerak apatah lagi mencari rezeki.

Baru-baru ini juga, tular seorang lelaki yang dikenali sebagai Pak Cik Ladja yang nekad menghampiri sebuah bot peronda polis marin untuk menagih bantuan.

Dalam rayuan Pak Cik Ladja, dia yang mewakili penduduk kampungnya iaitu Kampung Halo merintih supaya diberikan bantuan daripada segi makanan.

Banyak hati yang meruntun bila melihat rayuan lelaki tua itu kerana keadaan yang mendesak, dia sanggup berbuat demikian.

Setelah video tersebut tular, banyak bantuan dihulurkan dan antara yang turut sama turun untuk meringankan beban penduduk Kampung Halo ialah syarikat telekomunikasi Halo Telco.

Menurut wakil kedai konsep Halo Telco Tawau, Irwan Sidik memberitahu, sebanyak lapan wakil syarikat tersebut iaitu empat dari Tawau dan selebihnya dari Semporna telah turun memberikan bantuan.

“Alhamdulillah, bantuan berbentuk makanan keperluan asas telah pun diberikan kepada 50 ahli keluarga di Kampung Halo pada semalam.

“Kediaman mereka sangat daif kerana mereka banyak bergantung sumber rezeki melalui hasil tangkapan laut sahaja,” katanya.

Jelasnya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ekoran angkat Covid-19 yang tinggi di Sabah telah menyebabkan penduduk terputus bekalanan makanan dan pendapatan.

Malah, penduduk di Kampung Halo begitu teruja apabila melihat kehadiran wakil Halo Telco bersama dengan bantuan yang ingin dberikan.

“Apabila melibat bot kami sampai, mereka begitu teruja dan terpancar wajah kegembiraan baik yang muda mahupun yang tua.

“Kampung Halo ini terdiri daripada beberapa suku kaum akan tetapi boleh dikatakan mejoritinya adalah daripada bangsa Bajau Laut.

“Kita berharap supaya jumlah kes Covid-19 di Sabah terus menurun sekaligus memberi peluang untuk penduduk kampung memulakan kerja-kerja mereka semula,” katanya.

Tambahnya, bantuan yang diberikan juga adalah hasil sumbangan pengguna Halo Telco kerana setiap langganan pelanggan akan disalurkan buat kerja-kerja amal dan rumah anak-anak yatim. -SM

(Visited 618 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button