EkonomiSukan

Halo Telco, rakan penaja baharu KDA FC

KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) mengumumkan kerjasama terbaru dengan sebuah syarikat telekomunikasi Halo Telco yang merupakan rakan penaja bagi skuad Hijau Kuning bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Pengumuman dan pelancaran produk Halo Telco diadakan hari ini, penyokong skuad Hijau Kuning kini berpeluang mendapatkan kad sim prabayar Halo Telco khas versi KDA FC yang berharga serendah RM5 setiap keping berserta beberapa pakej menarik yang disediakan.

Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali berkata, kerjasama berkenaan adalah salah satu perubahan baharu selepas pasukan Kedah beralih dari dari fasa KFA (Persatuan Bolasepak Kedah) ke fasa swasta dengan jenama kelab KDA FC.

“Saya berharap keberkesanan dan pencapaian kerjasama yang kami sasarkan bersama Halo Telco dapat bermula dengan jangka masa pendek dan seterusnya sasaran kami adalah dapat melangkah ke fasa jangka masa panjang selepas ini.

“Saya juga berharap ia dapat memberi kejayaan seperti yang dirancang dan akan bergerak seiring antara kedua-dua belah pihak.” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Winner Venture Sdn Bhd bagi pihak Halo Telco, Mohd Shukrie Rahim berkata, pihaknya amat menghargai sokongan padu yang diberikan oleh penyokong Kedah terhadap pasukan Hijau Kuning selama ini dan dengan pelancaran kad sim bertemakan skuad KDA FC ini merupakan satu ruang untuk penyokong Kedah bagi menyemarakkan suasana bola sepak Liga M yang akan bermula Mac ini.

“Kita melihat KDA FC pada jumlah penyokongnya yang ramai dan dengan reputasi antara pasukan yang kuat, kami melihat skuad ini memiliki matlamat mahu mencapai kedudukan nombor satu dan dari situ kita tertarik untuk menjalinkan kerjasama dengan KDA FC.

“Selain itu pengguna juga boleh menjana pendapatan dengan samada menjadi ejen atau mengesyorkan produk Halo Telco kepada orang ramai untuk menjadi ejen dan ini adalah jalinan pertama kali yang kami adakan bersama kelab bola sepak di Malaysia.

“Bagi sasaran pendaftaran kad sim edisi khas KDA FC untuk penyokong Kedah ini, kita sasarkan 100,000 keping untuk tahun 2022.” katanya. – SM

(Visited 478 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button